Tag Archive for: Sukan

ASYRAAF TEKAD RAIH PINGAT UNTUK ARWAH IBU

  Atlet pelayaran Johor, Asyraaf Mokhtar bertekad menghadiahkan pingat dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 buat arwah ibunya, Rosmawati Md Yusuf yang meninggal dunia awal tahun ini.   Membuat penampilan ketiganya di pentas SUKMA, atlet berusia 21 tahun itu menyifatkan arwah ibunya sebagai pembakar semangat untuk tampil lebih cemerlang sejak berkecimpung dalam sukan […]

SKUAD SOFBOL WANITA JOHOR INTAI PINGAT EMAS

  Pasukan sofbol wanita Johor berjaya menempah slot ke perlawanan akhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 selepas menewaskan Negeri Sembilan 14-3 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri.   Persembahan cemerlang Johor terserlah apabila berjaya mengutip enam mata di innings pertama, tujuh mata di innings kedua dan satu mata di innings ketiga […]

TUAH PENAMPILAN SULUNG ANIQ DI PENTAS SUKMA

  Mewakili negeri kelahiran buat kali pertama untuk acara berbasikal bagi temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024 nyata menjadi satu kebanggaan bagi Muhammad Nazirul Aniq Abd Rahman.   Nazirul Aniq yang meminati sukan basikal sejak usia 14 tahun membuktikan bahawa segala penat lelah beliau berhasil selepas memenangi pingat perak bagi acara lepas beramai-ramai berpasukan […]

SENTUHAN KASIH YAM CHE’ PUAN MAHKOTA KHALEEDA JOHOR

  YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor telah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Pegawai Tadbir Wanita Negeri Johor yang berlangsung di Grand Paragon Hotel, semalam.   Majlis yang amat bermakna itu bertujuan memperkenalkan barisan Pegawai-Pegawai Tadbir Wanita Negeri Johor yang menjadi tonggak penting dalam pentadbiran dan perkhidmatan awam negeri ini.   Di samping […]

LOKASI SESUAI TMIYC SEGAMAT AKAN DIKENAL PASTI

  Kerajaan Negeri mempunyai perancangan pembinaan Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) untuk daerah Segamat yang sedang giat dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan serba lengkap bagi keperluan masyarakat khususnya belia melakukan aktiviti riadah.   Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri akan meminta pihak Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) mengadakan perbincangan bersama Pejabat Daerah Segamat […]

16,000 TETAMU MERIAHKAN JELAJAH ASPIRASI ORANG MUDA JOHOR @ JOHOR BAHRU

  Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Johor Bahru menampilkan kelainan tersendiri apabila diadakan dalam suasana kemeriahan Syawal dan dianjurkan bersekali dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Larkin.   Lebih 16,000 tetamu terdiri golongan belia mewakili sukarelawan Southern Volunteers dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negeri ini, menyemarakkan jelajah yang memasuki siri ketiga […]

WARGA FELDA ‘TABIK’ KERAJAAN JOHOR

  Walaupun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah di bawah kerajaan pusat namun bagi golongan peneroka di negeri ini perlu berasa bertuah kerana mereka sentiasa mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri Johor.   Malah Kerajaan Negeri Johor sentiasa berusaha, prihatin dan sentiasa mengambil berat keperluan dan hal ehwal semasa masyarakat peneroka bagi memastikan soal kebajikan mereka […]

6,000 ‘SPARTAN’ BAKAL GEGAR ISKANDAR PUTERI

  Negeri Johor terus menjadi destinasi pilihan bagi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa apabila hampir 6,000 peserta dari 18 negara bakal menggegarkan bumi Iskandar Puteri dalam perlumbaan Spartan Race Trifecta Weekend pada 27 hingga 28 April ini.   Malah, lokasi strategik yang berhampiran dengan pintu sempadan negara serta prasarana fasiliti sukan sedia ada yang kondusif juga […]

JABATAN, AGENSI KERAJAAN DISERU TERAP 4 PERKARA TINGKAT PERKHIDMATAN

  Agensi dan jabatan kerajaan diseru untuk menerapkan empat perkara penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, sekali gus menjayakan segala agenda yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi pada pembentangan Belanjawan Johor 2024 yang lalu.   Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, […]

MENTERI BESAR PUJI KOMITMEN MASYARAKAT JAYAKAN JOHOR BERSIH

  Usaha Kerajaan Negeri menekankan aspek penjagaan kebersihan dalam kalangan Bangsa Johor melalui Agenda Johor Bersih yang dilancarkan pada tahun 2022 terus mendapat sambutan sehingga hari ini.   Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memaklumkan kesedaran sivik masyarakat dilihat semakin meningkat berikutan agenda berkenaan yang sering diterjemahkan melalui tindakan malah berharap ia diteruskan oleh semua […]