Tag Archive for: Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

YANG DI-PERTUAN AGONG TONGGAK SYIAR ISLAM

    Syiar Islam di Negeri Johor terus berkembang dengan kepelbagaian usaha daripada Kerajaan Negeri memartabatkannya. Di bawah naungan DYMM Sultan Johor sebagai Ketua Agama Islam Negeri, pemerkasaan syiar Islam giat dilakukan demi pembangunan umatnya dan ummah.   Komitmen tinggi Kerajaan Negeri terhadap usaha memartabat syiar Islam diterjemahkan menerusi peruntukan dalam belanjawan negeri bagi pengurusan […]

BERPAKAIAN LENGKAP TRADISIONAL BUGIS TANDA SOKONGAN KEPADA TUANKU

  Kehadiran Abdul Talib Haji Kundik berpakaian lengkap tradisional Bugis Wajo di Senai, bagi bersama meraikan keberangkatan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke Istana Negara, hari ini, mencuri tumpuan umum.   Beliau yang merupakan Pengerusi Persatuan Bugis Negeri Johor Cawangan ke-7, bersama Bangsa Johor yang lain hadir seawal jam 7 pagi […]

TUNKU MAHKOTA ISMAIL PEMANGKU SULTAN JOHOR BERJIWA RAKYAT

  Berjiwa rakyat, praktikal dan berwawasan. Itulah gambaran keperibadian DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor yang menjadi kebanggaan Bangsa Johor dari segenap ceruk negeri ini. Diputerakan pada 30 Jun 1984, putera sulung daripada enam adik beradik ini sejak dari kecil memiliki kepemimpinan yang bitara, suatu nilai yang mewarisi turun temurun daripada […]

PEGAWAI KEWANGAN NEGERI BERSARA WAJIB AKHIRI KHIDMAT BAKTI

  Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Salehuddin Hassan mengakhiri khidmat baktinya, hari ini, apabila bersara wajib selepas 31 tahun dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor.   Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir pada 1 April 1992 di Pejabat Tanah Segamat dan kemudiannya telah diberikan tanggungjawab menggalas 13 jawatan lain di pelbagai jabatan.   Kenangan […]

‘FRONTLINERS’ JOHOR TERIMA PINGAT JASA DIKENANG

  Petugas barisan hadapan di negeri ini, yang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak COVID-19 menerima Pingat Jasa Dikenang sebagai menghargai pengorbanan mereka.   Pingat khas yang diperkenalkan dan kurniaan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar itu diserahkan dalam satu majlis di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.   Menyempurnakan penyampaian kurniaan berkenaan […]

TUNKU MAHKOTA JOHOR TELADAN ORANG MUDA JOHOR

  Karisma kepimpinan dan sifat kasih DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam memacu pembangunan belia menjadi ikutan serta teladan kepada golongan berkenaan di negeri ini.   “Kita anak-anak Bangsa Johor sangat bertuah kerana kita ada Tunku Mahkota Johor sebagai penaung dan baginda juga sangat sayangkan kita. Seharusnya kita mencontohi baginda dan […]

KMJ 2023: PENGEMBARAAN 4X4 SULTAN JOHOR TEMUI RAKYAT

  ISKANDAR PUTERI — Kembara Mahkota Johor (KMJ) cetusan ilham DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sejak tahun 2001, kembali dianjurkan bagi edisi kali ke-23 bermula esok hingga 8 Ogos ini.   Acara tahunan kalendar pelancongan Johor dan acara utama peringkat Kerajaan Negeri itu bakal menyaksikan pengembaraan pacuan empat roda diketuai Baginda […]

SULTAN IBRAHIM RASMI BUKU DAN PORTAL KESULTANAN JOHOR

  JOHOR BAHRU — DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan merasmikan Buku dan Portal Kesultanan Johor yang menandai lembaran bersejarah bagi Institusi DiRaja Johor.   Keberangkatan Baginda Tuanku Sultan diiringi DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.   Turut berangkat sama ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris […]

SULTAN IBRAHIM TEGAS DAN PENYAYANG – MB JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar disifatkan sebagai seorang sultan yang tegas, penyayang dan pemurah.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pendekatan yang diambil oleh Sultan Johor juga selari dengan apa yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri bagi membawa nilai tambah dan menyenangkan kehidupan rakyat Johor. […]

HUBUNGAN INSTITUSI DIRAJA JOHOR DAN MASYARAKAT ORANG ASLI SENTIASA AKRAB

  Oleh Aivizanoorwani Shah, Mohd Firdaus Yon, Badrul Kamal Zakaria dan Imran Razib   KLUANG — “Seronok dan terkejut apabila Tunku Putera (YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim) berangkat menyerahkan bantuan banjir kepada kami,” kata penduduk Kampung Orang Asli Pucur, Din Eja.   Mengimbas kembali bencana banjir di Johor pada awal Mac lalu […]