BERPAKAIAN LENGKAP TRADISIONAL BUGIS TANDA SOKONGAN KEPADA TUANKU


Abdul Talib Haji Kundik, ketika ditemu bual Media Digital Johor hari ini. | Foto MDJ Hafez Azhar

 

Kehadiran Abdul Talib Haji Kundik berpakaian lengkap tradisional Bugis Wajo di Senai, bagi bersama meraikan keberangkatan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke Istana Negara, hari ini, mencuri tumpuan umum.

 

Beliau yang merupakan Pengerusi Persatuan Bugis Negeri Johor Cawangan ke-7, bersama Bangsa Johor yang lain hadir seawal jam 7 pagi untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dan mempersembahkan rasa kasih kepada Baginda Tuanku Sultan.

 

Abdul Talib menzahirkan rasa bangga dan teruja atas pelantikan DYMM Sultan Ibrahim sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 yang disifatkan sebagai satu lagi detik bersejarah kepada Negeri Johor dan negara amnya.

 

Selain itu, beliau menitipkan doa semoga Baginda Tuanku Sultan senantiasa dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang pemerintahan, malah percaya kebijaksanaan kepemimpinan DYMM Sultan Ibrahim akan memacu Malaysia lebih maju ke hadapan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor