YOUR LIFE MATTERS MBPG


Antara penghantar makanan bermotosikal yang hadir pada Program Keselamatan Jalan Raya Penunggang Penghantar Makanan : Your Life Matters / Gambar Ihsan MBPG.

 

ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) semalam menganjurkan Program Keselamatan Jalan Raya Penunggang Penghantar Makanan : Your Life Matters.

Program yang dilaksanakan menerusi Bahagian Pembangunan Masyarakat itu dilaksanakan bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan penunggang motor yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, MBPG menegaskan sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) pihaknya prihatin terhadap kepentingan kebajikan komuniti setempat.

“MBPG berharap menerusi program ini ia dapat memberi pendidikan mengenai keperluan keselamatan diri serta meningkatkan kefahaman peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Selain itu ia juga menjadi medan kepada MBPG untuk bertukar pandangan dan pendapat mengenai pengalaman peserta dalam bidang penghantaran makanan bermotor,” katanya.

Lebih 100 penunggang penghantar makanan sekitar Pasir Gudang dari pelbagai operator penghantar makanan seperti Grabfood, FoodPanda, ShopeeFood, Lalamove, McDelivery dan PizzaHut.

Pada program sehari itu, peserta turut diberikan ceramah kesedaran keselamatan jalan raya oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, Shahrul Sumadi.

Ia disusuli dengan program kesedaran perlindungan diri daripada Pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Fatin Anati Auji Mohd Akmal.

Kemuncak program ialah sesi perkongsian pengalaman From Zero To Hero daripada pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor