JDT JALIN KERJASAMA DENGAN IKEA DAN TOPPEN
Selepas pengumuman pembukaan cawangan Starbucks di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan nilai komersial mereka dengan satu lagi pengumuman baharu yang dilihatkan sebagai satu usaha menyemarakkan kesalinghubungan diantara kelab terbaik di ASEAN itu bersama komuniti penyokong bola sepak di Johor.
Hari ini, JDT telah memeteraikan satu perjanjian kerjasama bersama sebuah jenama terkenal antarabangsa iaitu IKEA Tebrau dan pusat membeli belah Toppen yang sudah sinonim sebagai destinasi hujung minggu keluarga Bangsa Johor. Kolaborasi ini pastinya akan meningkatkan lagi jenama Stadium Sultan Ibrahim sebagai satu mercu tanda yang ikonik dan ‘visibility’ di ASIA.
Perkara menarik yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Operasi JDT, Alistair Edwards adalah menerusi kolaborasi ini penyokong Harimau Selatan bukan sahaja boleh menikmati makanan kegemaran IKEA mereka tetapi dalam pada masa yang sama dapat menghayati inspirasi mendekorasi, membuat dan mendapatkan idea perabot di SSI.
Sementara itu, peminat yang berkunjung ke Toppen pula akan dapat merasai pengalaman ‘Kelab Rumah Penyokong’ di bahagian atas bumbung pusat membeli-belah itu iaitu ‘The Topp’. Selain menampilkan gudang barangan dan ruangan khusus kepada penyokong untuk menikmati tayangan langsung semua perlawanan JDT. Ruangan ini dijadualkan akan dibuka kepada pengunjung pada awal tahun 2024.
Dengan kerjasama baharu ini, ia menjadikan JDT melangkah lebih ke hadapan dalam mempertingkatkan lagi nilai komersial bersama-sama dengan jenama organisasi antarabangsa yang lain seperti Sosias.com, Nike, UNICEF, Hublot, Aston Martin Racing Asia, HID Global, Subway, Life Fitness dan Universal Music.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor