JDT BUKAN SEKADAR SEBUAH KELAB BOLA SEPAK


Penyokong JDT mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap negara tersebut yang sedang dilanda peperangan. (Foto : Bayu Wira / MDJ)

“Kesemua kutipan tiket perlawanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri sehingga penghujung musim disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin. 

Kelab ini amat berdukacita dengan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dalam peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah,” titah DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. 

JDT bukan sekadar sebuah kelab bola sepak. Sejak ditubuhkan pada 2013, kelab bola sepak ini tidak pernah terlepas dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada mereka yang memerlukan. 

Ini terbukti dengan pelbagai sumbangan yang telah diberikan seperti sumbangan kepada mangsa bencana alam seperti gempa bumi di Sabah, mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang, pembangunan masjid, bencana kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) serta lain-lain lagi.

Pada tahun 2021, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan menyumbangkan wang kemenangan Juara Liga Super berjumlah RM1 juta kepada petugas barisan hadapan dan keluarga mereka. Ianya sebagai tanda terima kasih atas jasa dan pengorbanan dalam memerangi wabak Covid-19.

Terkini, JDT akan menyalurkan kesemua hasil kutipan tiket di laman sendiri sehingga penghujung musim ke Tabung Kemanusiaan Palestin.

Seramai 14,486 penyokong hadir pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim semalam. JDT mempunyai empat baki perlawanan di laman sendiri. 

Bersama-sama kita menyokong sambil beramal. 

#SukanMDJ #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor