PASUKAN SOUTHERN VOLUNTEERS KOTA ISKANDAR DILANCAR
Sebanyak 30 agensi dan jabatan di pusat pentadbiran Kerajaan Johor dekat Kota Iskandar akan menganggotai pasukan Southern Volunteers (SV) Kota Iskandar.
Kesemua jabatan itu perlu menghantar seramai sekurang-kurangnya lima wakil untuk menjadi ahli tetap SV Kota Iskandar bagi membantu gerak kerja berkaitan kesukarelawanan.
Pelancaran pasukan sukarelawan itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani di Kota Iskandar, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Dato’ Haji Ismail Abu dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Belia, Sukan dan Sukarelawan), Dato’ Haji ‘On Jabbar.
SV Kota Iskandar ini akan diketuai oleh Pengarah Media Digital Johor, Tuan Haji Mohd Johari Tarmidi itu akan melibatkan jabatan dan agensi seperti Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri Johor; Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor dan lain-lain.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor