MBPG PERKENAL TANAMAN LADA HITAM DAN GAMBIR DI KEBUN KOMUNITI


Peserta Kebun Komuniti Pasir Gudang diberikan pendedahan mengenai potensi lada hitam serta taklimat mengenai penjagaan tanaman / Gambar Ihsan MBPG.

 

ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) memperkenalkan tanaman lada hitam dan gambir untuk ditanam di Kebun Komuniti Pasir Gudang.

Bagi tujuan itu, MBPG turut mengadakan kerjasama dengan Lembaga Lada Malaysia bagi tujuan mempromosikan tanaman lada hitam dan berharap ianya akan dapat diperluaskan ke seluruh negeri Johor.

Menerusi kenyataan di laman sosial Facebook rasminya, MBPG turut mengambil inisiatif dengan turut mengedarkan beberapa pokok kepada pekebun di Kebun Komuniti Pasir Gudang.

Untuk rekod, tanaman lada hitam mampu memberi pulangan lumayan dengan statistik pada 2021 menunjukan sebanyak 7,407 tan metrik dieksport dengan nilai sebanyak RM153.74 juta.

Pada program sama yang turut disertai 60 peserta itu, MBPG turut berkolaborasi dengan Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi memperkasakan program kebun komuniti berkenaan yang terletak dibawah Projek Kebun Bandar UCTC.

Pekebun di Kebun Komuniti Pasir Gudang ini turut diberikan taklimat berkaitan kenali dan menawal serangga serta penyakit secara sihat yang disampaikan oleh dua pakar UPM iaitu Dr Wan Mohd Hafezul Wan Abdul Ghani dan Dr Mohd As’wad Abdul Wahab.

Peserta juga diberikan tunjuk ajar secara amali bagaimana untuk menghasilkan bio pesticide di rumah dan seterusnya dapat menghasilkan tanaman yang lebih sihat dan segar.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor