MBPG ANJUR PEKA


Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) baru-baru ini telah menganjurkan program Ceramah Kesedaran Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) / Gambar Ihsan MBPG.

 

PASIR GUDANG — Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) baru-baru ini telah menganjurkan program Ceramah Kesedaran Keselamatan Keluarga dan Anak.

Program anjuran Bahagian Pembangunan Masyarakat MBPG itu disertai 52 peserta yang terdiri daripada wakil penduduk komuniti sekitar kawasan Pasir Gudang.

Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, MBPG selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) yang prihatin akan sentiasa memberikan perhatian terhadap aspek komuniti dan pendidikan setempat.

Menerusi penganjuran program berkenaan diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai kepentingan aspek keselamatan keluarga dan anak-anak.

Ini kerana ia bukan sahaja menjadi tanggungjawab kepada ibubapa atau penjaga semata-mata tetapi juga menjadi amanah yang perlu digalas oleh anggota masyarakat secara bersama.

Selain itu, peserta program yang dilaksanakan di Menara Aqabah itu turut didedahkan dengan asas pertolongan cemas yang disampaikan menerusi demonstrasi oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Justeru, MBPG mengharapkan program ini akan dapat memberi manfaat dan kesedaran yang diharapkan kepada peserta untuk dipraktikan dalam kehidupan seharian.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor