Entries by Nur Adlina Syahirah Mohd Nazri

KPDN JOHOR PERIKSA SEMUA RANTAIAN PASTIKAN TIDAK BERLAKU KETIRISAN

  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor proaktif dalam melakukan pemeriksaan berterusan di semua rantaian pengilang, pemborong dan peruncit bagi memastikan tidak berlaku ketirisan yang berjaya memastikan pengedaran bekalan sentiasa ada dan mencukupi di pasaran.   “Pemeriksaan dan siasatan lanjut ke premis-premis di kawasan terlibat dan kawasan sekitar (lokasi yang […]

MBPG MAHU MENJAGA KEHARMONIAN MASYARAKAT

  Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) hari ini, tampil memberikan penjelasan berhubung isu larangan meletakkan kenderaan di hadapan rumah yang telah berlakunya salah faham di media dan kalangan masyarakat.   Datuk Bandar MBPG, Dato’ Asman Shah Abd Rahman memberitahu notis pemberitahuan berkaitan sebelum ini, hanyalah memo dalaman dan masih di peringkat fasa perbincangan serta belum […]

MENTERI BESAR KONGSI 3 PENGAJARAN BERHARGA KEPADA BELIA

  Persidangan Belia Antarabangasa Johor (JIYC) anjuran Institut Dato’ Onn (IDO) berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menjadi platform merangsang pemikiran dan berkongsi idea dalam mencetuskan perubahan yang akan memacu negara ke arah masa depan yang sejahtera.   Dengan bertemakan ‘Memangkinkan Perubahan : Kepimpinan Belia dan Perubahan Mampan, persidangan dihadiri lebih 500 Orang Muda […]

PENGUMUMAN MENARIK DALAM BAJET 23 NOVEMBER INI: MB

  Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini memberi bayangan ada pengumuman menarik akan dibuat dalam Belanjawan Johor 2024 yang dibentangkan pada bulan hadapan.   Beliau meminta semua pihak supaya menunggu dan mengikuti pengumuman yang akan dibuat dalam pembentangan belanjawan negeri tahun hadapan, dijangka pada 23 November ini.   “Akan ada beberapa perkara menarik, […]

JEREBU RENTAS SEMPADAN, 2 STESEN DI JOHOR CATAT IPU TIDAK SIHAT

  Dua daripada lapan stesen pengawasan kualiti udara automatik di Negeri Johor iaitu Johor Bahru dan Batu Pahat, menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Manakala bagi stesen selebihnya pula menunjukkan bacaan IPU sederhana.   Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor memaklumkan tiada titik panas yang dikesan menerusi pemantauan titik panas (hotspot) di Negeri […]

KERJA BAIK PULIH LEBUHRAYA PASIR GUDANG DI FASA AKHIR – MB

  Aduan kesesakan yang berlaku akibat daripada kerja-kerja pembaikan dan penurapan jalan di Lebuhraya Pasir Gudang, mendapat perhatian daripada Kerajaan Johor yang sentiasa prihatin terhadap keselesaan dan keselamatan pengguna.   “Terdapat 23 kerja pembaikan jalan sepanjang Lebuhraya Pasir Gudang. Kerja-kerja baik pulih ini sudah berada di fasa akhir, dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Oktober […]

ANAK JOHOR REKA JALUR GEMILANG

  Siapa Pereka Jalur Gemilang?   Mohamed bin Hamzah merupakan seorang pelukis pelan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang sering diberikan tugas oleh DYMM Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar seperti mereka bentuk Jata Negeri Johor serta mencipta kad jemputan rasmi DiRaja.   Graduan seni dari Kolej Raffles, Singapura, yang merupakan perekacipta Jalur […]

KERAJAAN NEGERI KOMITED ATASI ISU KEKURANGAN PARKIR HSA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa proaktif dalam mengatasi cabaran kekurangan tempat letak kenderaan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru demi keselesaan pesakit dan pelawat ke hospital berkenaan.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, isu kesukaran mendapatkan tempat letak kenderaan antara yang dibangkitkan oleh Menteri Besar, Datuk […]

JAINJ SEDIA BANTU PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA SWASTA

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melalui Bahagian Pendidikan Islam mengesan 266 sekolah agama swasta di negeri ini, masih belum berdaftar dan diluluskan penubuhannya.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, sekolah agama swasta terbabit terdiri 31 sekolah tahfiz, 12 sekolah pondok, 10 sekolah […]