Entries by Mohd Firdaus Yon

PERUBAHAN IKLIM, PENCEMARAN ALAM SEKITAR CABARAN UTAMA KEHIDUPAN : DYMM PERMAISURI JOHOR

  DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah bertitah, perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar merupakan cabaran utama dalam kehidupan yang memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat. Justeru, Baginda Tuanku menyeru agar tindakan segera dan bersepadu dapat diambil bagi menangani cabaran berkenaan dalam titahnya ketika berkenan berangkat ke Persidangan Minggu Iklim […]

CABARAN PERUBAHAN IKLIM PERLU TINDAKAN KOLEKTIF BERSEPADU

  Perubahan iklim sebagai masalah global memerlukan tindakan kolektif daripada semua pihak. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu semua pihak mesti memainkan peranan dalam menangani fenomena global ini.   Malaysia komited untuk mengurangkan intensiti pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) sebanyak 45 peratus pada tahun 2030. Malah negara menetapkan […]

JETCO RAIH PENGALAMAN HEBAT DALAM ITB ASIA 2023

  Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura menyertai pameran pelancongan berprestij rantau Asia-Pasifik, ITB Asia 2023 di Sands Expo & Convention Centre di Singapura pada 25 hingga 27 Oktober 2023 lalu.   Di bawah Pavilion Johor bersama Tourism Johor, JETCO yang berasa berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada pameran perdagangan pelancongan terbesar […]

AIRASIA KONGSI CADANGAN TARIK PENGUNJUNG KE JOHOR : MB

  Kumpulan AirAsia Berhad mencadangkan pelbagai perancangan pembangunan, penambahbaikan serta naik taraf infrastruktur yang mampu menjadi daya tarikan pengunjung ke Johor.   Lawatan dan perbincangan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dengan Delegasi dari Johor bersama syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia ini, amatlah bermakna.   AirAsia merekodkan jumlah pelancong ke Johor seramai 946,000 pengunjung […]

JOHOR SERIUS CARI SOLUSI KRISIS PERUBAHAN IKLIM

  Asia Pacific Climate Week (APCW) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 13 hingga 17 November ini, dijangka menerima kehadiran 2,000 delegasi.   Sebagai tuan rumah, Johor dan Malaysia juga bakal menjadi tumpuan dunia menerusi penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa ini.   Kerajaan Negeri dalam rangka persiapan untuk penganjuran APCW 2023 yang […]

KPKT BERI TUMPUAN PEMBINAAN DUA PPR DI JOHOR TAHUN DEPAN

    Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memberikan tumpuan kepada penyediaan dua Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini, iaitu di Larkin dan Kluang pada tahun hadapan, kata Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.   Perbincangan antara KPKT bersama Kerajaan Negeri mengenai penyediaan PPR Larkin yang dipersetujui dalam Belanjawan 2023 telah diadakan dan kerja […]

BELANJAWAN 2024 AMBIL KIRA KEPERLUAN JOHOR : MENTERI BESAR

  Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz menzahirkan kesyukuran dan rasa gembira terhadap Belanjawan 2024 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah turut mengambil kira aspek dan projek pembangunan diperlukan di Johor.   “Semoga segala perancangan dan usaha ini berjalan dengan lancar serta dapat memberikan manfaat terbaik kepada Bangsa Johor, seiring dengan hasrat […]

BELANJAWAN 2024 MAMPU RANGSANG SEKTOR DIPROMOSI DI ISKANDAR MALAYSIA

  Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) percaya Belanjawan 2024 mampu merangsang pembangunan sektor-sektor dipromosikan di Iskandar Malaysia sekali gus meningkatkan minat pelabur untuk menjadikan wilayah berkenaan, sebagai pusat pelaburan yang memberi limpahan manfaat kepada rakyat dan perniagaan tempatan.   Ketua Eksekutif IRDA, Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim memberitahu Belanjawan MADANI akan menyumbang kepada usaha […]

PAKEJ GALAKAN CUKAI TINGKAT DAYA SAING PIPC : JPDC

  Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) sebagai hab pembangunan sektor kimia dan petrokimia dengan pemberian pakej galakan cukai dalam bentuk cukai khas atau elaun cukai pelaburan dalam Belanjawan 2024.   “Pakej galakan cukai tersebut akan meningkatkan daya tarikan dan daya […]

BELANJAWAN 2024 : HSA 2 ANTARA BERITA BAIK PERKHIDMATAN KESIHATAN JOHOR

  Kerajaan Johor merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan selepas mengumumkan khabar gembira dalam Belanjawan 2024 melibatkan sektor penyampaian perkhidmatan kesihatan awam negeri yang amat dinanti-nantikan oleh Bangsa Johor.   Dalam belanjawan bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah RM41.2 bilion kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melibatkan pelaksanaan […]