Artikel oleh Mohd Firdaus Yon

151 TAPAK MENARA BARU SIAP JENDELA FASA 1

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 151 tapak menara baru telah siap dibina di bawah pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi Fasa 1 di negeri ini, sehingga suku keempat tahun lalu.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, untuk tempoh tersebut juga, sebanyak 4,452 stesen pemancar dinaiktaraf selain 383,724 premis tersedia […]

KERAJAAN JOHOR USAHA TUBUH MAJLIS MUAFAKAT KANAK-KANAK

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri sedang usahakan penubuhan Majlis Muafakat Kanak-Kanak Negeri Johor bagi menangani isu berkaitan kanak-kanak terutama mengenai penderaan dan pengabaian.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, majlis tersebut akan dipengerusikan olehnya selaku EXCO kerajaan negeri bertanggungjawab.   “Manakala Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED LAHIRKAN 500 IMAM MUDA SETIAP TAHUN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor komited melahirkan 500 Imam Muda terlatih dan bertauliah pada setiap tahun, menerusi Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) bagi menambah bilangan imam dan bilal untuk masjid dan surau di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, MARSAH akan membantu kerajaan negeri […]

‘BERITA GEMBIRA’ KEPADA AHLI DEWAN NEGERI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengumumkan ‘berita gembira’ kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia melibatkan bantuan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk terus menyantuni rakyat di kawasan masing-masing.   “Pertamanya, kerajaan negeri bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk […]

LIMA BANTUAN RINGAN BEBAN MANGSA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Lima jenis bantuan banjir daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan disediakan untuk meringankan beban mangsa banjir di negeri ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pertama, pihak Ranhill SAJ bersetuju memberikan diskaun sehingga 40 peratus untuk bil air mangsa banjir bagi bulan Mac dan April.   “Keduanya, kerajaan […]

224 INISIATIF MAJU JOHOR SUDAH DILAKSANAKAN

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 224 inisiatif di bawah enam teras Agenda Maju Johor telah dilaksanakan sepanjang setahun, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Bagaimanapun, beliau berkata, masih banyak perkara perlu dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat.   “Walaupun banyak perkara dan inisiatif yang telah dilaksanakan dalam masa setahun ini, […]

JOHOR TUBUHKAN JAWATANKUASA PERUBAHAN IKLIM & PENGURUSAN BENCANA

  ISKANDAR PUTERI — Dewan Negeri Johor, hari ini, meluluskan rundingan cadangan penubuhan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Johor.   Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Samsolbari Jamali mengumumkan rundingan cadangan itu diluluskan dengan sebulat suara.   Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan rundingan cadangan berkenaan berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada […]

DEWAN NEGERI JOHOR UCAP TAHNIAH KEPADA MB, EXCO

  ISKANDAR PUTERI — Dewan Negeri Johor, hari ini, menzahirkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor sempena setahun mentadbir kerajaan negeri.   Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor, Datuk Samsolbari Jamali turut menyifatkan permuafakatan antara badan eksekutif bersama pentadbir dan penjawat awam membawa pengertian besar […]

PAJ SEDIA BANTU TINGKAT IMEJ TEKSI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) akan membantu menaikkan imej teksi di Johor dengan memperkenalkan pengiklanan di badan pengangkutan awam tersebut.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, selain mencantikkan imej kenderaan, inisiatif itu membuka peluang pemandu teksi menjana pendapatan dari sumber […]

SMI JOHOR LAKSANA PROGRAM KONSEP ‘TRAIN & PLACE’

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak RM5.2 juta diperuntukkan kepada Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor pada tahun lalu, bagi pelaksanaan Program Latihan Kemahiran (PRO-MAHIR).   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, sebanyak 45 kursus telah dijalankan pada tahun lalu, dan seramai 1,304 orang menerima […]