Entries by Nur Khairiah Nazirah Mohd Zaidi

RM6 JUTA DIPERUNTUKAN NAIK TARAF JALAN BESAR YONG PENG

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak RM6 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Jalan Besar, Ayer Hitam ke Kampung Sri Sepakat melalui Jalan Yong Peng FT001 pada tahun ini, bagi keselamatan dan keselesaan pengguna.   Berkongsi mengenai perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, Ling Tian Soon berkata, projek menaik taraf itu sudah bermula pada […]

KERAJAAN NEGERI PANDANG SERIUS FASILITI SEKOLAH AGAMA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sentiasa komited dalam menjaga kebajikan dan keperluan sekolah agama di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata pihaknya juga sentiasa mengadakan pemantauan di sekolah agama termasuk di Sekolah Agama Sagil Kampung dan Sekolah […]

KERAJAAN JOHOR AKAN MOHON NAIK TARAF HOSPITAL KULAI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus komited dalam memastikan fasiliti dan perkhidmatan kesihatan di negeri ini, berada di tahap yang terbaik.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, komitmen itu mampu direalisasikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).   Menurutnya, kunjungannya ke Hospital […]

JOHOR KONGSI ‘INPUT’ KERTAS PUTIH KESIHATAN

  ISKANDAR PUTERI — Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan reformasi kesihatan negara menerusi Kertas Putih Kesihatan yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Jun depan, mendapat penyertaan Negeri Johor.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon telah hadir ke sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Peringkat Zon Selatan di Hub Pendidikan […]

JOHOR PERLU HOSPITAL BAHARU: EXCO KESIHATAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor melihat terdapat keperluan pembinaan sebuah hospital baharu di bahagian Selatan negeri ini, bagi menampung pertambahan jumlah pesakit.   Perkara itu disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon.   Terdahulu, beliau mengadakan tinjauan operasi dan fasiliti Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor […]

TIADA KAITAN DENGAN STROK HABA: JKNJ

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dari Kluang tiada kaitan dengan strok haba.   Pengarahnya, Dr. Mohtar Pungut berkata, siasatan dijalankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati kanak-kanak terbabit dimasukkan ke wad kerana mengalami sawan selepas demam panas sehari sebelum, dan mempunyai […]

MAJLIS PERSARAAN DATO’ AMRAN A. RAHMAN

  MUHAMAD SYAFIQ MOHD TAYEB   ISKANDAR PUTERI — Selepas hampir 35 tahun menabur bakti berkhidmat bersama Kerajaan Negeri Johor, kini Dato’ Amran A. Rahman menamatkan perkhidmatan apabila mula bersara secara pilihan berkuat kuasa pada 30 April lalu.   Amran berkata, menjadi Pegawai Tadbir Negeri Johor merupakan pengalaman yang sangat bermakna terutama dalam memimpin agama, […]

YEE JIN PASANG IMPIAN WAKILI NEGARA

  ISKANDAR PUTERI — Atlet para sukan catur Negeri Johor, Lim Yee Jin memasang impian untuk mewakili Malaysia suatu hari nanti, dengan menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa sekali gus mengharumkan nama negara.   Memegang teguh prinsip ‘Tanpa Usaha, Tiada Kejayaan’, remaja berusia 20 tahun ini tidak sesekali menyerah dan kenal erti putus asa dalam menempa […]

RMMJ BANTU BANGSA JOHOR MILIKI RUMAH PERTAMA

  ISKANDAR PUTERI — Memiliki kediaman yang selesa merupakan impian semua manusia terutama sekali kepada mereka yang sudah mendirikan rumah tangga dan mahu membina kehidupan berkeluarga.   Meskipun begitu, untuk memiliki mahligai impian itu tidak semudah yang disangka kerana pelbagai prosedur perlu dilalui sebelum berjaya memilikinya.   Namun, Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) selaku […]

PEMBERSIHAN ‘AIR BERBAU BUSUK’ TELAH DIMULAKAN: MB

  ISKANDAR PUTERI — Takungan air berbau busuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) diadukan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam, telah diambil tindakan sewajarnya.   Onn Hafiz berkata, perkara itu dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab selepas menerima aduan yang disampaikan supaya tindakan segera diambil untuk keselesaan orang […]