Entries by Badrul Kamal Zakaria

SEDEKAD HEBHK BERI KHIDMAT KEPADA PENDUDUK KLUANG

  ISKANDAR PUTERI — Bermula dengan 268 katil dan 10 kepakaran perubatan pada 2012, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang kini terus mengorak langkah dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat. Kini selepas sedekad berlalu, fasiliti yang terdapat HEBHK sudah dinaiktaraf kepada 382 katil dan mempunyai 15 kepakaran perawatan kepada pesakit. Justeru, sempena sambutan […]

UTHM TARIK MINAT ANAK ORANG ASLI KUASAI SAINS DAN MATEMATIK

  ISKANDAR PUTERI — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) dengan kerjasama Gading Kencana baru-baru ini mengadakan program menyantuni murid Orang Asli dari suku Semai di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Gedong, Bidor, Perak. Program khidmat komuniti UTHM itu membabitkan penyertaan 87 murid sekolah berkenaan yang bertujuan menarik minat […]

UTHM JALIN KERJASAMA UiTM DALAM PENYELIDIKAN TEKNOLOGI PERUBATAN

  ISKANDAR PUTERI — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) menjalinkan kerjasama dengan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkaitan penyelidikan teknologi perubatan. Jalinan kerjasama dilaksanakan mengikut geran penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) yang membabitkan kos sebanyak RM80,600. Pensyarah Kanan FPTP, Dr Muhammad Ammar Shafi, berkata kerjasama […]

AKAUN TELEGRAM PENGARAH KESIHATAN NEGERI JOHOR DIGODAM

  ISKANDAR PUTERI — “Betul, ini adalah kejadian pertama dan saya sudah pun membuat laporan polis. Semoga semua berhati-hati dan mohon kemaafan untuk semua yang mengenali diri saya,” kata Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr Aman Rabu. Dr Aman berkata, ia berikutan akaun aplikasi komunikasi Telegram miliknya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab semalam yang […]

RANHILL SAJ PERLU LIHAT SEMULA SOP, JARINGAN SALURAN BEKALAN AIR

  ISKANDAR PUTERI — Syarikat pengendali utiliti air Johor, Ranhill SAJ diminta untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan jaringan sambungan antara saluran paip air lama dan baru bagi memastikan bekalan air bersih dapat dinikmati rakyat tanpa sebarang masalah. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh, […]

JAINJ AKAN TAMBAH BAIK SKIM PERJAWATAN GURU SEKOLAH AGAMA

  ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sedang dalam usaha menambah baik skim perjawatan guru bagi menetapkan minat guru untuk terus berkhidmat di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata kerajaan negeri sedar pada tahun ini berlakunya perpindahan guru Sekolah […]

JETCO LAKSANA INISIATIF TARIK PELABURAN, KERJASAMA PINTAR DENGAN AGENSI SINGAPURA

  ISKANDAR PUTERI — Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menarik lebih banyak peluang pelaburan dan kerjasama menerusi usahasama pintar bersama agensi berkaitan dari Singapura. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han, berkata pada tahun ini sahaja, JETCO telah pun mengadakan beberapa sesi libat […]

JAINJ RAI SMAKJ JUARAI ANUGERAH SPBT CEMERLANG KEBANGSAAN 2022

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) semalam meraikan kejayaan Sekolah Menengah Agama (SMA) Kerajaan Johor, Kluang atas kejayaannya menerima Anugerah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2022. Majlis Apresiasi SPBT 2022 itu dianjurkan oleh Sekyen Hal Ehwal Murid, Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusian, Bahagian Pendidikan Islam JAINJ di Dewan Harun […]

INTER JABATAN JLM-MARITIM MALAYSIA AWASI PERAIRAN NEGARA

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Selatan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim malaysia) Johor mengadakan mesyuarat penyelarasan operasi bagi berkaitan urusan pengawasan aktiviti maritim perairan negara khususnya di Johor. Selain itu membuat ketetapan dalam penyelarasan pengoperasian inter jabatan, mesyuarat yang diadakan secara berkala itu juga turut mengukuhkan lagi persefahaman antara kedua-dua […]

EXCO JOHOR DITAULIAH DAN DIIKTIRAF SEBAGAI JURUTERA ASEAN

  ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh hari ini ditauliah dan diiktiraf sebagai Jurutera ASEAN. Mohamad Fazli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir menerima pengiktirafan itu sempena Conference of ASEAN Federation of Engineering Organisations yang sedang berlangsung di Phnom Penh, […]