Artikel oleh Badrul Kamal Zakaria

PROJEK LENCONGAN SUNGAI SEGAMAT KURANGKAN IMPAK BANJIR

  BATU PAHAT — Fenomena ‘air lalu’ dari Sungai Chaah di bahagian hulu dan ditambah taburan hujan yang tinggi menyebabkan beberapa kawasan di Seri Medan di sini, dilanda banjir. Bagaimanapun, penduduk di sekitar Seri Medan berkata banjir yang melanda kini tidak seteruk dahulu berikutan inisiatif kerajaan membuat lencongan di Sungai Segamat menyebabkan aliran air berubah […]

PPS KINI LEBIH SELESA

  BATU PAHAT — “Kalau dulu kami golongan wanita terpaksa mengambil ikhtiar mengantung ikatan kain batik untuk dijadikan penghadang tapi kini dengan khemah berbentuk kiub ni, rasa agak selesa,” kata Siti Ramlah Kamat. Siti Ramlah, 50, penduduk Kampung Parit Singgahan, Seri Medan di sini, berkata banyak perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan di pusat pemindahan sementara […]

5 TAN BARANG KEPERLUAN DITERBANGKAN KE MERSING DAN KLUANG

  KLUANG — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor sudah melaksanakan khidmat khas logistik banjir menerusi Unit Udara JBPM ke daerah Mersing dan Kluang sepanjang tempoh banjir kali ini. Khidmat khas yang dilaksanakan bermula dari 26 Januari hingga semalam sudah menerbangkan lebih 5 tan bekalan keperluan ke kawasan terjejas banjir khususnya lokasi kejadian yang […]

BANJIR DI JOHOR TERUS MENURUN

  ISKANDAR PUTERI — Meski pun hujan berterusan masih melanda negeri ini, namun situasi banjir terus menunjukkan trend penurunan apabila seramai 2,191 penduduk masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah, di negeri ini. Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr Haji Azmi Rohani, berkata sehingga jam 4 petang tadi hanya sebuah PPS […]

BOMBA PUJUK DUA PESAKIT HAMIL KE HOSPITAL

    KLUANG — Selepas beberapa kali di pujuk, dua wanita hamil dari Kampung Orang Asli Punchor, Kahang akhirnya mengalah dan bersetuju untuk dibawa ke Hospital Kluang bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang, berkata beliau bersama lima kru penerbangan […]

MANGSA BANJIR KIAN MENURUN

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin menunjukkan trend penurunan apabila seramai 3,676 mangsa banjir masih berlindung di 40 pusat pemindahan sementara di tujuh daerah di Johor. Angka itu berkurangan sebanyak 856 mangsa berbanding data yang direkodkan pada 12 tengah hari tadi dengan  1,020 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara […]

PDT RANGKUL ANUGERAH GANGSA AIGA 2022

  ISKANDAR PUTERI — Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT) baru-baru ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gangsa sempena Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022. Anugerah AIGA 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur itu dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) yang bertujuan mengiktiraf komitmen yang ditunjukkan oleh organisasi awam dan swasta. Ia juga sebagai tanda […]

TEAM MEDIK 7 BRIGED BANTU MANGSA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Team Medik Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) menyediakan pasukan perubatan bergerak di pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar negeri Johor. Bagi tujuan itu, seramai empat pegawai dan lapan anggota lain-lain pangkat (LLP) terlibat dalam menyediakan pasukan terbabit di kawasan tanggungjawab (KTJ) sekitar negeri ini. Mereka diberi tanggungjawab untuk memberi […]

TABURAN HUJAN TINGGI MELANDA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Cuaca hujan lebat yang berterusan melanda Johor sejak awal minggu ini turut menyaksikan taburan hujan yang agak tinggi berbanding tahun sebelumnya. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor mendapati tiga daerah iaitu Kulai, Muar dan Tangkak mengalami taburan hujan luar biasa berbanding tempoh sama dalam tiga […]

INOVASI PENAPIS AIR BAWAH TANAH UTHM BANTU PENDUDUK LUAR BANDAR

  ISKANDAR PUTERI — Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bukan sahaja terus ke hadapan dalam bidang pendidikan tinggi negara tetapi juga sentiasa mempelopori usaha dalam membantu pembangunan masyarakat. Ia dapat dibuktikan apabila inisiatif yang dilaksanakan oleh universiti awam yang berpangkalan di Batu Pahat, Johor itu banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan terbaharu ialah produk […]