Entries by Muhamad Syafiq Mohd Tayeb

JDT LANCAR JDT FAN TOKEN DI SOCIOS.COM 5 JULAI INI

  ISKANDAR PUTERI — Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT Fan Token rasmi di aplikasi penglibatan dan ganjaran Socios.com pada 5 Julai ini.   Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, JDT Fan Token akan membolehkan kelab berada lebih dekat dengan penyokong berbanding sebelum ini.   Menurutnya, penyokong juga diberikan ganjaran atas kesetiaan […]

SWM ENVIRONMENT, UTHM GIAT PROMOSI KEMPEN #BEATPLASTICPOLLUTION

  ISKANDAR PUTERI — SWM Environment bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempergiatkan aktiviti kelestarian bagi memacu gaya hidup lestari dalam kalangan pelajar dan komuniti setempat serta membantu negara mencapai 40 peratus kadar kitar semula kebangsaan menjelang tahun 2025.   Antara usaha dilakukan adalah menyemarakkan promosi kempen #BeatPlasticPollution bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2023 […]

JOHOR MUNCUL JUARA BOLING PADANG

  ISKANDAR PUTERI — Pasukan Johor cemerlang mendominasi acara boling padang apabila muncul juara keseluruhan Karnival Bakat Kebangsaan Siri 1 Tahun 2023 di Arena Lawns Bowls, Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.   Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini memberitahu, pasukan Johor menamatkan pelawanan dengan merangkul satu […]

KKM SASAR PENINGKATAN PENDERMAAN DARAH MENJELANG 2030

JOHOR BAHRU — Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Perkhidmatan Perubatan Transfusi Kebangsaan menyasarkan peningkatan kadar pendermaan darah antara 35 hingga 40 penderma bagi 1,000 orang penduduk menjelang tahun 2030.   Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sasaran berkenaan untuk memenuhi keperluan perawatan pesakit seiring dengan kadar pertumbuhan tahunan penduduk di negara ini. […]

56 DUN JOHOR TERIMA PERUNTUKAN LAKSANA TIGA PROGRAM

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menyampaikan peruntukan kepada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini, bagi melaksanakan program Southern Volunteers (SV) Prihatin@Johor Future, Skuad Muda SV dan Sukan Bangsa Johor. Peruntukan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah kepada semua Ahli-Ahli Dewan […]

KERAJAAN JOHOR SAMPAIKAN HASRAT PEMBINAAN HSA 2 KEPADA PM

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri sudah membawa cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah (HSA) 2 kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, hasrat untuk mewujudkan hospital baharu itu sudah disampai serta dibincangkan dalam pertemuan baru-baru ini.   “Kami membawa isu tersebut kerana kami […]

RAJA PERMAISURI AGONG RASMI POLIKLINIK PRIMER SEJAHTERA

  MUAR — Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan Poliklinik Primer Sejahtera (PoPs) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terletak di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) dekat Bandar Universiti Pagoh, di sini.   Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda disambut Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji […]

RTBJ TAMAN KEMPAS UTAMA SIAP UNTUK DIDIAMI

  JOHOR BAHRU — Projek Rumah Transit Bangsa Johor melibatkan kos RM4.1 juta di Taman Kempas Utama, di sini, siap untuk didiami pada tahun ini.   Perumahan tersebut merupakan satu daripada tiga projek RTBJ yang dibina di negeri ini, bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri.   Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ […]

RUJUK PENGHULU, KETUA KAMPUNG UNTUK SEMAKAN

  ISKANDAR PUTERI — Pejabat Daerah Batu Pahat menerima 8,211 permohonan Bantuan Barang Keperluan Asas (BBKA) daripada mangsa banjir di daerah tersebut.   Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md Ali berkata, daripada jumlah berkenaan, hanya 6,083 permohonan sahaja yang dikenal pasti layak menerima bantuan itu.   Menurutnya, sehingga kini, seramai 5,000 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi […]

4 NEGARA CARI TITIK PERSAMAAN DALAM BERKARYA

JOHOR BAHRU — Kesungguhan empat pelukis nusantara mencari titik persamaan dalam berkarya diterjemahkan dalam penganjuran Pameran SAUH : 4 Pelukis 4 Negara.   Pelukis Brunei, Pengiran Abd. Wahal Hassan Al Abbas, 65, menyifatkan pengabunggan karya itu merupakan suatu perkara baru dan memerlukan pemahaman mendalam dari segi sejarah, budaya dan nilai setiap negara.   “ Ia […]