Entries by webmaster

SAMBUTAN DEEPAVALI WADAH PERPADUAN, SEMANGAT KEBERSAMAAN

  ISKANDAR PUTERI — Kemeriahan sambutan perayaan Deepavali, esok, terus dirasai dengan penyampaian sumbangan kepada masyarakat beragama Hindu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah turut berpeluang singgah di Kuil Sri Sivan, Larkin Jaya untuk menyantuni masyarakat India di sana. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima sebagai tanda ingatan dalam meringankan […]

JOHOR BERSIH, SUKAN BANGSA JOHOR IMPLEMENTASI TERAS AGENDA MAJU JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Dua program di bawah teras Agenda Maju Johor berlangsung serentak di seluruh Johor, hari ini. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, program Johor Bersih dan Sukan Bangsa Johor merupakan sebahagian daripada enam teras agenda tersebut yang dirangka mencakupi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. “Ini termasuk memberi keutamaan kepada Keselamatan, Kebersihan […]

TIADA YANG MUSTAHIL JIKA INGIN BERJAYA

  Oleh Badrul Kamal Zakaria BATU PAHAT — Kekurangan fizikal ternyata bukan penghalang untuk berjaya asalkan mempunyai semangat waja, iltizam yang tinggi serta tidak mudah berputus asa. Itulah yang dibuktikan oleh staf akademik Majlis Profesor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof Ts Dr Zaidi Embong apabila tersenarai dalam buku ‘Tiada Yang Mustahil – Kisah […]

MENJUNJUNG KASIH DYMM SULTAN JOHOR ATAS KURNIAAN SUMBANGAN SEMPENA DEEPAVALI

  Seramai 100 keluarga daripada golongan B40 di Pekan Nenas, Pontian menerima kurniaan bantuan makanan dan sumbangan peribadi daripada DYMM Sultan Johor sempena perayaan Deepavali. Kurniaan bantuan dan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi pada Majlis Ramah Mesra Menteri Besar, hari ini. Sumber: https://www.facebook.com/officialsultanibrahim #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor

SEMAK, TELITI KEBENARAN KHABAR DAN BERITA – MB

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merayu kepada Bangsa Johor agar meneliti kebenaran sesuatu khabar atau berita terlebih dahulu. Menurut beliau, ia berikutan fitnah dan tohmahan berlaku secara berleluasa dalam dunia tanpa sempadan pada masa kini. “Dalam usaha untuk memajukan lagi Negeri Johor yang kita cintai ini, turut terdetik di […]

KERAJAAN JOHOR KOMITED TERUSKAN PENGANJURAN SUKAN BANGSA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Sukan Bangsa Johor 2022 melibatkan pertandingan empat acara sukan dilancarkan secara rasmi di Velodrom Johor, di sini, hari ini. Hadir menyempurnakan perasmian pelancaran tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor. Sempena penganjuran Sukan Bangsa […]

MENJUNJUNG KASIH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR ATAS KEBERANGKATAN KE MAJLIS PELANCARAN MEDIA DIGITAL JOHOR

  Keberangkatan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bersama YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam telah menyeri dan menyempurnakan lagi Majlis Pelancaran Media Johor pada 19 Oktober 2022. Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keberangkatan DYAM Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar yang telah memanifestasikan dukungan terhadap platform setempat Kerajaan Negeri […]

JAINJ SOKONG PENGANJURAN PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID, SURAU

  Jabatan Agama Islam Negeri Johor menzahirkan sokongan terhadap penganjuran program pengimarahan masjid dan surau di negeri ini. Bagaimanapun, masjid dan surau hendaklah memastikan penceramah, pentazkirah dan pemberi syarahan mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sebarang Majlis ucapan atau penyampaian melibatkan ahli politik dan wakil rakyat tidak dibenarkan kecuali kepada YAB Menteri […]

SOLAT HAJAT MEMOHON KESEJAHTERAAN NEGERI JOHOR

  Jabatan Agama Islam Negeri Johor memohon masjid dan surau Jumaat di seluruh negeri ini, melaksanakan solat hajat demi kesejahteraan Johor. Solat hajat yang dilaksanakan selepas solat fardu Jumaat itu bagi memohon agar dijauhkan daripada bencana banjir. Ia berikutan musim hujan dihadapi Negeri Johor pada setiap tahun, yang akan mengakibatkan berlakunya banjir di beberapa kawasan. […]

PEMBUKAAN KILANG PERTAMA PARIS BAGUETTE SEDIA PELUANG PEKERJAAN

  ISKANDAR PUTERI — Rangkaian bakeri terkenal, Paris Baguette bakal membuka kilang pertamanya yang halal di negeri ini, dengan pelaburan berjumlah RM130 juta. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan kesyukuran dengan pelaburan Paris Baguette milik konglomerat Korea Selatan, SPC Group yang mempunyai 4,000 kedai bakeri di seluruh dunia itu. “Dengan jumlah pelaburan sebanyak […]