TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU-ROMPIN DIISYTIHAR TAMAN WARISAN ASEAN
ISKANDAR PUTERI — Taman Negara Johor Endau-Rompin menerima pengiktirafan antarabangsa selepas diisytiharkan sebagai Taman Warisan ASEAN (AHP), semalam. Pengiktirafan itu diterima pada Persidangan Taman Warisan ASEAN Ke-7 yang berlangsung selama empat hari, di Bogor, Indonesia. Hadir menerima pengiktirafan tersebut adalah Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Taufik Bahar. Kejayaan itu dikongsikan oleh pemilik Facebook Johor […]