21 JALAN DIBAIKPULIH DI MERSING TAHUN INI


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh meninjau tapak projek pembaikan jalan di Jalan Persekutuan FT003 Bukit Terkedai, Mersing, semalam / Sumber Gambar Facebook Fazli Salleh.

 

 

ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 21 lokasi akan dibaikpulih melibatkan jarak sepanjang 89 kilometer di Jalan Persekutuan FT003 Bukit Terkedai, Mersing, tahun ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pelbagai kerosakan direkodkan dan kaedah yang bersesuaian akan digunakan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan konsesi.

 

“Pagi ini (semalam) saya ke Mersing bagi meninjau kerja-kerja pembaikan di Bukit Terkedai, Jalan Persekutuan FT003 seksyen 164.4-162.8 km.

 

“Sebanyak 30 lokasi kerosakan direkodkan oleh JKR (D) Mersing dan daripada jumlah itu sebanyak 21 lokasi akan dibaiki pada tahun ini bermula 14 Mac 2023 sehingga 27 Disember 2023,” kata beliau dalam Facebook rasminya, semalam.

 

Mohamad Fazli berkata, kesemua kerosakan yang direkodkan akan dibaiki namun bergantung kepada kaedah dan peruntukan digunakan.

 

“Antara kaedah yang akan digunakan ialah ‘Cold in-Place Recycling’ (CIPR), ‘Mile and Pave’ (MP) dan ‘Overlay’. Oleh itu, tempoh dan masa pembaikan berbeza antara satu sama lain.

 

“Saya memantau secara rapat kerja-kerja pembaikan jalan raya diseluruh negeri Johor demi keselamatan dan keselesaan pengguna,” katanya.

 

Beliau berharap agar pengguna dapat bersabar sepanjang tempoh pembaikan serta mematuhi papan tanda trafik demi keselamatan diri.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor