KERJA PENYELENGGARAAN PERUMAHAN EDL SIAP SEPENUH TAHUN DEPAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerja penyelenggaraan melibatkan rumah pangsa kos sederhana rendah di jajaran Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) telah bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan. Kediaman yang turut dikenali sebagai perumahan EDL dan mula dibina pada tahun 2008 itu terdiri daripada Pangsapuri Desa Jaya, Pangsapuri Desa Dato’ Hajah Hasnah, Pangsapuri Desa Melayu […]

KERAJAAN JOHOR PASTIKAN PELABURAN JOHOR UTARA BERTAMBAH

  ISKANDAR PUTERI — Pelbagai pelan perancangan dirangka oleh kerajaan negeri bagi memastikan pelaburan di negeri ini termasuk Johor Utara terus bertambah dan meningkat pada masa akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan oleh Invest Johor bagi menarik pelaburan ke negeri ini, […]

MODUL BERSESUAIAN SEDANG DIRANGKA – EXCO KERAJAAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sedang merangka modul bersesuaian bagi memberikan pendedahan mengenai kepentingan dan tanggungjawab pelajar terhadap memilih kepimpinan negara sejajar penurunan had umur pengundi kepada 18 tahun. Langkah itu diusahakan melalui Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ). Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah […]

AGENDA PEMBANGUNAN PERIUK NASI SELATAN TETAP MENJADI KEUTAMAAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor tetap menjadikan agenda pembangunan ‘Periuk Nasi Selatan’ sebagai keutamaan dalam Agenda Jaminan Bekalan Makanan Negeri Johor meskipun keluasan sawah padi di negeri ini, kecil berbanding negeri lain. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, Johor memiliki 10 kawasan tanaman sawah […]

JAINJ MENYELARAS KURIKULUM AGAMA, AKADEMIK INSTITUSI TAHFIZ SWASTA

  ISKANDAR PUTERI — Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berusaha menyelaras kurikulum agama dan akademik di seluruh institusi tahfiz swasta di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ia agar pelajar institusi tahfiz itu mendapat pendidikan agama dan akademik yang seimbang bagi meneruskan […]

KERAJAAN JOHOR SENTIASA BERSIAP SIAGA HADAPI BENCANA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa mengambil langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana banjir sebelum Monsun Timur Laut (MTL) berlaku. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, langkah kesiapsiagaan itu diambil kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor. “Kesiapsiagaan ini merangkumi penyediaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), penyelenggaraan logistik, […]

PROJEK PENGANGKUTAN AWAM DIGALAKKAN GUNA SISTEM TANPA TUNAI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri akan menggalakkan projek pembangunan pengangkutan awam di Johor pada masa akan datang, menggunakan sistem bayaran tanpa tunai. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, projek dimaksudkan adalah Bus Rapid Transit (BRT) dijangka beroperasi tahun 2025 dan Rapit Transit System (RTS) […]

PENINGKATAN PERMINTAAN MENDADAK PUNCA KEKURANGAN BEKALAN

  ISKANDAR PUTERI — Peningkatan permintaan terhadap telur ayam bagi gred A, B dan C secara mendadak menyebabkan kekurangan bekalan tersebut di pasaran pada ketika ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, terdapat pelbagai sebab berlakunya situasi berkenaan antaranya peningkatan kegunaan industri, bakeri dan am. “Setakat ini, […]

KERAJAAN JOHOR AKAN SUARAKAN MM2H DIHIDUPKAN SEMULA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor akan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk ‘menghidupkan semula’ Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) sebagai antara usaha mengatasi isu lambakan hartanah mewah tidak terjual di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, program tersebut dilihat mampu menyelesaikan masalah lambakan kediaman berharga […]

20 PASUKAN SERTAI KARNIVAL PENCAK SILAT BERADAT ANTARABANGSA PIALA DATUK BANDAR PASIR GUDANG 2022

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 20 pasukan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura menyertai Karnival Pencak Silat Beradat Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2022. Karnival anjuran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Pasir Gudang, Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Daerah Johor Bahru, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru dan Majlis Belia Daerah […]