MBPG PANDANG SERIUS ISU PENYEWA ‘SUBLET’ ASET

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) memandang serius tindakan segelintir penyewa menyewakan aset sewaan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan kepada pihak ketiga.   Memetik siaran dimuat naik dalam Facebook rasmi, MBPG memaklumkan ada penyewa menaikkan kadar sewaan asal sehingga 50 hingga 100 peratus, berdasarkan laporan awam diterima.   Antara alasan diberikan […]

SASAR 17 KBT BERSTATUS HIJAU MENJELANG HUJUNG 2024

    JOHOR BAHRU — Kerajaan Johor mensasarkan status penghijauan ke atas 17 kawasan berisiko tinggi (KBT) yang aktif dengan masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah menjelang penghujung tahun depan.   Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor, Azli Ubin berkata, pihak agensi menyambut baik sasaran dihasratkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   […]

SULTAN JOHOR KURNIA 100 EKOR LEMBU KORBAN SEMPENA AIDILADHA

ISKANDAR PUTERI — DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 100 ekor lembu sempena Aidiladha kali ini. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kurniaan tersebut diharapkan dapat menceriakan setiap penerima. “Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah DYMM Sultan Johor atas perkenan baginda mengurniakan 100 ekor lembu sempena […]

KERAJAAN JOHOR BINCANG PROGRAM PENDIDIKAN BERSAMA PERDA VENTURES

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan bersama Perda Ventures Incorporated Sdn. Bhd. bagi membincangkan program pendidikan kerjasama dengan mahasiswa Johor.   Perbincangan berkenaan berlangsung dalam lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh ke atas anak syarikat milik penuh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), baru-baru ini.   Menurutnya, Perda […]

MAINJ AKAN TERUS BANTU, PERKASA ASNAF

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sentiasa komited dan berusaha secara serius bagi memastikan setiap agihan zakat yang disalurkan dapat dimanfaatkan secara bersistem, bertatakelola dan berdaya maju.   Ia termasuklah inisiatif MAINJ mengadakan Bulan Keusahawanan MAINJ 2023 yang memberi penekanan kepada Skim Bantuan Berdikari yang mencakupi bantuan modal perniagaan bernilai RM5,000 […]

IIB JALIN USAHASAMA INDUSTRI EV

  ISKANDAR PUTERI — Iskandar Investment Berhad (IIB) mengumumkan pertukaran dokumen bersama tujuh rakan usahasama industri kenderaan elektrik (EV), pada Isnin.   Hadir menyampaikan pertukaran dokumen berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar.   Pertukaran dokumen tersebut bagi menggalakkan penggunaan EV dan penyelesaian tenaga boleh baharu di […]

KERAJAAN NEGERI MAHU JOHOR BERSIH JADI BUDAYA, RUTIN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus komited dalam menggembeling segala usaha melibatkan pelbagai lapisan masyarakat bagi menjayakan program Johor Bersih di seluruh negeri ini, termasuklah Segamat.   Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri menyampaikan dana berjumlah RM59,000 kepada setiap Ketua Kampung dan RM16,000 bagi Ketua Masyarakat di daerah berkenaan.   Menyempurnakan penyampaian dana tersebut adalah […]

RANHILL SAJ KOMITED BEKAL AIR BERSIH DENGAN SEMPURNA AIDILADHA INI

  ISKANDAR PUTERI — Ranhill SAJ Sdn. Bhd. mengaktifkan pelan tindakan bersepadu bagi memantau secara berterusan dan bertindak balas dengan segera gangguan bekalan air bersih terawat menjelang Aidiladha ini.   Syarikat berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan antara langkah yang diaktifkan adalah memastikan anggota Ranhill SAJ kekal bersedia bertugas dalam tempoh 24 jam.   Selain itu, […]

KERAJAAN NEGERI BINCANG BAGI MENERUSKAN KASIH SURI ASPIRASI KELUARGA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Negeri berhasrat meneruskan Program Kasih Suri Aspirasi Keluarga Johor untuk manfaat peserta eKasih khusus di kalangan golongan miskin dan miskin tegar bagi tahun 2023.   Bagi tujuan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail telah mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Yayasan […]

PELAPORAN, DAPATAN BERKAITAN MODAL INSAN PERLU DIANGKAT KE PERINGKAT MMK

  ISKANDAR PUTERI — Pelaporan dan hasil dapatan berserta cadangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Modal Insan Negeri Johor pada Selasa, perlu diangkat ke peringkat Kerajaan Negeri untuk diambil tindakan.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, tiga agensi membuat pembentangan dalam mesyuarat itu iaitu […]