ISU SETINGGAN KAMPUNG PETANI SELESAI

  Intervensi Kerajaan Negeri dalam memperjuangkan isu penempatan Kampung Petani melibatkan 47 keluarga yang menerima notis pengosongan daripada pemilik tanah setelah hampir 40 tahun mendiami kawasan terbabit, akhirnya berjaya menemui penyelesaian.   Susulan perbincangan secara bersepadu bersama pelbagai pihak terlibat, BH Ng Construction Sdn. Bhd. selaku pemilik tanah bersetuju memberikan wang pampasan berjumlah antara RM13,000 […]

MPK-GIC BANTU ATASI ISU CEROBOH TANAH

  Bagi mengatasi isu pencerobohan dan pelaksanaan kerja tanah tanpa kebenaran yang berlaku di Kluang, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) melakar sejarah tersendiri apabila menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Malaysia melancarkan sistem MPK-Geospatial Information Centre (GIC).   Sistem dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) itu menyediakan maklumat geospatial muka bumi berteraskan teknologi penderiaan jauh, […]

RM3 JUTA BANTU USAHAWAN IAT JOHOR

  Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM3 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Johor untuk melaksanakan program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani (IAT) melibatkan bantuan dan bimbingan yang memberi manfaat kepada 300 usahawan sekali gus memperkasa sektor agromakanan pada tahun ini.   Antara bentuk bantuan dan bimbangan tersebut adalah kursus dan latihan mengembangkan perniagaan dan meningkatkan kemahiran, […]

BERSATU HATI DEMI JOHOR

  Telunjuk lurus, kelingking berkait. Itu sudah menjadi lumrah dunia, apabila kita berada di atas, pasti akan ada ‘tangan-tangan’ mula mengait dan sentiasa ingin menarik semula ke bawah.   Asasnya bermula dari tahun 2013 lagi dan sehingga ke hari ini, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melalui pelbagai pengalaman. Sebuah kelab yang mempunyai misi […]

MBJB SEDIA FASILITI LIMA BINTANG

  Bagi memberikan keselesaan kepada pelawat dan masyarakat setempat serta meningkatkan imej bandar raya Johor Bahru, pelbagai kerja naik taraf yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menjelang Tahun Melawat Johor 2026.   Antaranya, menyediakan kemudahan tandas awam bertaraf lima bintang dilengkapi ciri moden paip automatik, mesra Orang […]

JOHOR TUAN RUMAH PROGRAM HOT 2024

  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan menganjurkan Program Halal on Track (HOT) 2024 dengan jangkaan penglibatan 1,500 usahawan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 4 Jun ini.   Program manifestasi komitmen Kerajaan melalui JAKIM dan negeri-negeri untuk memperkasa pensijilan halal Malaysia menerusi pelbagai kaedah […]

PERLUAS TULISAN JAWI KEPADA BANGSA JOHOR

  Usaha berterusan Kerajaan Negeri memartabatkan tulisan jawi sejak penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dulu dikenali Balai Pustaka di Bukit Timbalan, Johor Bahru pada tahun 1956 hingga kini terutama dalam urusan surat menyurat berkaitan hal ehwal agama Islam oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) serta Majlis Agama Islam Negeri Johor mendapat pengiktirafan […]

HARGAI PENGORBANAN WARGA KESIHATAN

  Sentiasa berkorban masa dan tenaga demi kesejahteraan Bangsa Johor. Itulah yang telah dilakukan oleh warga kerja kesihatan terutama kumpulan jururawat sebagai tulang belakang kepada kelancaran penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan di negeri ini.   Pengorbanan yang dicurahkan sentiasa diiktiraf dan amat dihargai oleh Kerajaan Negeri terutama menerusi Belanjawan Johor 2024 apabila sebanyak RM2.3 juta telah […]

KHEMAH BAHARU, CERIAKAN BAZAR KARAT

  Lebih ceria, lebih terampil dan lebih selesa. Itu perubahan yang pasti akan dapat dilihat jika anda berkunjung ke lokasi Bazar Karat selepas ini apabila peniaga atau lebih tepat usahawan mikro masing-masing menerima bantuan khemah niaga yang baru.   Inisiatif terbaharu Kerajaan Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) secara tidak langsung akan menaikan […]

KURSUS KYPJ AKAN DIKAJI SEMULA

  Kerajaan Negeri sedia mengkaji semula kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan sebagai persediaan bagi menjayakan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Bagi tujuan tersebut, kursus yang relevan dengan pasaran pekerjaan dan mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan pelajar akan dikekalkan atau ditambah sekiranya belum pernah ditawarkan sebelum […]