TMIYC MUAR DIJANGKA SIAP HUJUNG TAHUN

  ISKANDAR PUTERI — Pembangunan dan naik taraf infrastruktur Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) Muar dijangka siap pada hujung tahun ini.   Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengadakan lawatan ke tapak pusat belia berkenaan.   “Saya telah turun ke tapak TMIYC Muar bagi melihat status pembangunan dan […]

HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH BAKAL DINAIK TARAF

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor meluluskan peruntukan bagi menaik taraf Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan sebanyak RM257,640 itu adalah bagi melaksanakan cadangan pembangunan infrastruktur dan fasiliti di HPSF.   “Antara cadangan pembangunan infrastruktur yang telah diutarakan ialah pertama, penambahan jumlah katil di wad […]

JDT NAIK 126 TANGGA, KINI RANKING DI KE-447 DUNIA

  ISKANDAR PUTERI — Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di tangga ke-447 dunia selepas melonjak naik 126 tangga dalam ranking kelab dunia sejak awal tahun lalu.   Menerusi perkongsian di laman Facebook JOHOR Southern Tigers, kedudukan itu juga menjadikan JDT kini berada di kedudukan ke-31 Asia dan tempat kedua di Asean […]

LALUAN ALTERNATIF DI FOREST CITY KINI SIAP 40 PERATUS

  ISKANDAR PUTERI — Laluan alternatif sepanjang satu kilometer yang sedang dibina susulan kejadian mendapan tanah di Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas kini siap 40 peratus.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata tumpuan utama adalah untuk mengurangkan beban yang ditampung pada struktur jalan sedia […]

BAPA SAYA SELALU JADI MILIK RAKYAT

  PONTIAN — Keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub merakamkan penghargaan atas penghormatan terakhir diberikan oleh semua pihak termasuklah rakyat yang mengenali dirinya.   Anak sulungnya, Iskandar Zulkarnain, 37, berkata keluarganya berterima kasih dan memberitahu mereka sekeluarga sebenarnya sudah lama meletakkan bapanya itu sebagai ‘hak milik rakyat Malaysia’.   “Kami daripada kecil dididik yang dia […]

NEGARA KEHILANGAN SEORANG TOKOH : PERDANA MENTERI

  PONTIAN — Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan seorang tokoh dengan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.   Ahli Parlimen Tambun itu berharap sifat penyayang dan rahmah yang ditonjolkan serta dedikasikan oleh Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram […]

KEHILANGAN PEMIMPIN MENJIWAI RAKYAT : MENTERI BESAR JOHOR

  PONTIAN — Kerajaan Johor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang kembali ke Rahmatullah, semalam.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemergian Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram itu dirasai Kerajaan negeri.   “Bagi pihak Kerajaan Negeri kita rasa sedih dan juga rasa […]

MBIP AKAN PANTAU DARI SEMASA KE SEMASA MENDAPAN TANAH DI FOREST CITY

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa susulan kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas, semalam.   Datuk Bandar MBIP, Dato’ Mohd Haffiz Ahmad berkata, laluan utama ke Forest City juga masih dibuka, namun di bawah kawalan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).   […]

12,000 PEK MAKANAN DIAGIHKAN DI 2 LOKALITI

  ISKANDAR PUTERI — Projek Komuniti Di Hati diteruskan ke dua lokaliti di bandar raya Johor Bahru melibatkan edaran 12,000 pek makanan kepada golongan sasar.   Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, dua lokaliti terbabit adalah PPR Sri Stulang dan Rumah Pangsa Larkin.   Menurutnya, menerusi projek tersebut, seramai […]

500 PESERTA SERTAI 113 TRIATHLON

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 500 peserta menyertai 113 Triathlon Desaru 2023 berlangsung di Lotus Desaru Resort, dekat Bandar Penawar.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, acara berkenaan sudah memasuki edisi kelapan pada tahun ini.   Menurutnya, tiga kategori perlumbaan dipertandingkan iaitu 113 Triathlon, 113 Sprint […]