WONDERFUL NUSANTARA FESTIVAL 2023 PENYATUAN BUDAYA DUA NEGARA

  JOHOR BAHRU — Penganjuran Wonderful Nusantara Festival (WNF) 2023 buat julung kali berjaya menyatukan dua negara dalam konteks warisan dan budaya.   Hadir menyempurnakan perasmian program silang budaya tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar, semalam.   WNF 2023 mempamerkan kerencaman budaya Malaysia terutama Johor dengan […]

EXCO PENDIDIKAN PEDULI KEMENJADIAN MURID PENDALAMAN DI JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa peduli isu kemenjadian murid sekolah termasuk mereka yang bersekolah di kawasan pendalaman bagi memastikan mendapat akses pendidikan yang saksama.   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh, berkata pihaknya juga sentiasa komited dalam memperkasakan pendidikan di kawasan berkenaan supaya ia dapat membantu menaik taraf kehidupan […]

JAINJ LAKSANA KEMPEN SEKOLAHKU SEJAHTERA-1T

  JOHOR BAHRU — Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melaksanakan Kempen Sekolahku Sejahtera-1T melibatkan baik pulih dan tambah baik kemudahan tandas Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kempen bermula sejak 21 Mei lalu, itu dijayakan oleh Bahagian Pendidikan […]

ECOCERES RENEWABLE FUELS JADIKAN JOHOR DESTINASI PELABURAN PERTAMA DI MALAYSIA

    ISKANDAR PUTERI — Syarikat pengeluar bahan api bio dari Hong Kong, EcoCeres Renewable Fuels Sdn. Bhd. menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan pertama mereka di Malaysia dengan membawa masuk nilai pelaburan sebanyak RM1 bilion.   Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pelaburan tersebut juga bakal membuka lebih 260 peluang pekerjaan untuk rakyat Negeri […]

AGENDA JOHOR BERSIH BUKAN SEKADAR SLOGAN – MENTERI BESAR

  JOHOR BAHRU — Agenda Johor Bersih yang dilancarkan pada Julai tahun lalu adalah satu agenda serius dan bukan sekadar slogan atau ‘one-off’ semata-mata.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Kerajaan Negeri di bawah pimpinannya tidak akan bekerja secara ‘hangat-hangat tahi ayam’ tetapi sebaliknya akan sedaya upaya menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku […]

ADUN PALOH IKHTIAR SUMBANG PONDOK WAKAF DI HOSPITAL KLUANG

  ISKANDAR PUTERI — Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh akan menyumbang pondok wakaf kepada Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang dalam masa terdekat.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Lee Ting Han berkata, sumbangan tersebut diusahakan bagi memberikan keselesaan kepada pesakit dan pelawat ketika menunggu.   “Saya ada sedikit pengalaman di […]

AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP DALANG PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

  ISKANDAR PUTERI — Tindakan undang-undang lebih tegas perlu dikenakan terhadap pemilik tanah dan individu membuang sampah selain melakukan pembakaran terbuka di tapak pelupusan haram Mukim Pulai, Ulu Choh, dekat sini.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, pihak berkuasa juga disarankan untuk memagar kawasan terbabit daripada terus diceroboh dan […]

MBIP, JPS NEGERI JOHOR JALIN USAHA SAMA

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor, semalam.   MoU itu ditandatangani oleh Datuk Bandar MBIP, Dato’ Mohd Haffiz Ahmad dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) JPS Negeri Johor, Mohamad Asnawi Sulaiman.   Menyaksikan pemeteraian MoU itu adalah Setiausaha MBIP, Khasanah Sufa’at dan […]

500 JEMAAH LAKSANA SOLAT HAJAT DI MJBBU SEMALAM

  JOHOR BAHRU — Masjid Jamek Bandar Baru UDA (MJBBU) menyahut saranan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk mengadakan Solat Hajat selepas Solat Fardu Jumaat, semalam.   Difahamkan, kira-kira 500 jemaah menunaikan Solat Hajat tersebut seterusnya bersama bermunajat kepada Allah SWT.   Pengerusi MJBBU, Md Burhanuddin Tibek berkata, pihak jawatankuasa masjid dan keseluruhan kariah […]

PELAJAR UTHM SANTUNI GELANDANGAN BATU PAHAT

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 37 pelajar dari Kursus Kokurikulum Berkredit Pembimbing Rakan Sebaya, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyantuni golongan gelandangan di sekitar bandar Batu Pahat melalui program Sentuhan Kasih Gelandangan.   Sebanyak 30 bungkusan makanan telah diedarkan kepada golongan terbabit melibatkan beberapa lokasi antaranya terminal bas dan jalan-jalan di sekitarnya terutama di […]