EXCO PENDIDIKAN PEDULI KEMENJADIAN MURID PENDALAMAN DI JOHOR


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh meninjau keadaan kemudahaan fizikal yang perlu ditambahbaik di SK Sempang di daerah Kota Tinggi. | Foto Ihsan FB Norliza Noh.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor sentiasa peduli isu kemenjadian murid sekolah termasuk mereka yang bersekolah di kawasan pendalaman bagi memastikan mendapat akses pendidikan yang saksama.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh, berkata pihaknya juga sentiasa komited dalam memperkasakan pendidikan di kawasan berkenaan supaya ia dapat membantu menaik taraf kehidupan keluarga murid berkenaan.

 

“Saya sebagai Exco Pendidikan sentiasa cakna dengan kemenjadian murid di peringkat sekolah pendalaman dan secara tidak lansung juga dapat membantu menaik taraf kehidupan keluarga mereka,” katanya di facebook rasminya.

 

Terdahulu, Norlizah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Hutan Lesung dan SK Sempang di daerah Kota Tinggi.

 

Pada lawatan yang dilakukan di SK Sempang, beliau turut meninjau keadaan kemudahaan fizikal yang perlu ditambahbaik di sekolah berkenaan.

 

“Saya sempat menjalankan lawatan ke sekitar sekolah bagi melihat sendiri keadaan kemudahan fizikal yang perlu ditambah baik bagi keselesaan pelajar.

 

“Keadaan bilik darjah yang kurang kondusif dan bangunan yang agak lama juga telah disuarakan kepada saya. InshaAllah, (isu) di SK Sempang akan dibawah pemakluman saya,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor