MAJLIS PERSARAAN DATO’ AMRAN A. RAHMAN

  MUHAMAD SYAFIQ MOHD TAYEB   ISKANDAR PUTERI — Selepas hampir 35 tahun menabur bakti berkhidmat bersama Kerajaan Negeri Johor, kini Dato’ Amran A. Rahman menamatkan perkhidmatan apabila mula bersara secara pilihan berkuat kuasa pada 30 April lalu.   Amran berkata, menjadi Pegawai Tadbir Negeri Johor merupakan pengalaman yang sangat bermakna terutama dalam memimpin agama, […]

MBIP KOMITED PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN DAN PINTAR

  ISKANDAR PUTERI — Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) komited memastikan bandar raya Iskandar Puteri dibangunkan secara mampan dan pintar.   Datuk Bandar MBIP, Dato’ Mohd Haffiz Ahmad, berkata komitmen itu akan dilaksanakan menerusi usaha penghijauan taman awam yang terdapat di sekitar bandar raya itu.   Beliau berkata, langkah ini diambil selepas kejayaan MBIP meraih […]

KOMITMEN TAMBAHBAIK SISTEM DEMI KELANCARAN TRAFIK : MENTERI BESAR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bersama Kerajaan Persekutuan terus komited dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di dua pintu sempadan negara di negeri ini.   Komitmen yang dizahirkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi itu melibatkan usaha memperbaiki dan menambahbaik sistem sedia ada di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) […]

VIDEO TULAR SEBENARNYA MERUJUK KAUNTER IMIGRESEN

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor mengesahkan video ditujukan kepada pegawainya di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), dekat Gelang Patah, sebenarnya merujuk kepada kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).   Pengarahnya, Misbahudin Parmin berkata, kejadian berlaku di ‘Bus Terminal Import’, KSAB itu telah tular melalui aplikasi perkongsian video pada Jumaat lalu. […]

PEKERJA MAINKAN PERANAN PENTING REALISASI HASRAT KERAJAAN NEGERI

  ISKANDAR PUTERI — Warga pekerja sebagai ‘barisan hadapan’ mempunyai tugas dan peranan signifikan bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk memastikan kemakmuran Johor dinikmati bersama.   Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, peranan dimainkan kumpulan itu sebagai rakan strategik dalam membangunkan ekonomi juga sangat […]

JAINJ CADANG LANGKAH PENAMBAHBAIKAN : ISU KEHILANGAN BATU NISAN

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesyorkan beberapa langkah penambahbaikan kepada pengurusan Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, dekat Johor Bahru.   Langkah-langkah yang disifatkan wajar dan perlu diambil itu bagi mengelakkan kes kecurian batu nisan di tanah perkuburan terbabit daripada terus berlaku.   Antaranya, menguatkuasakan prosedur operasi standard […]

BERTENANG, JANGAN BUAT SPEKULASI : JAINJ

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) meminta masyarakat untuk bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu kehilangan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, dekat Johor Bahru.   Pengarahnya, Jamaludin A. Hamid berkata, JAINJ mengambil maklum penularan tangkap layar mengenai isu tersebut dipercayai disiarkan menerusi paparan […]

SELEPAS 8 DEKAD, KLUANG RAIL COFFEE MASIH BERDIRI TEGUH

  KLUANG — Sebut sahaja daerah Kluang, perkara yang pertama terlintas di fikiran ialah ‘Kluang Rail Coffee’. Kedai kopitiam tertua dan tersohor di daerah Kluang itu telah memulakan operasinya sejak tahun 1938 dan kini telah melangkau lima generasi.   Diasaskan oleh Lim Luan Hee, Kluang Rail Coffee bermula sebagai premis kantin di Jalan Stesen, dekat […]

JOHOR KEKAL ANTARA PENGEKSPORT UTAMA NEGARA

  ISKANDAR PUTERI — Johor terus menjadi antara lima negeri pengeksport utama menyumbang kepada jumlah eksport negara, bulan lalu.   Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, Pulau Pinang merekodkan sumbangan 31.9 peratus diikuti Johor (19.9 peratus), Selangor (18.4 peratus), Sarawak (8.2 peratus) dan Kuala Lumpur (3.5 peratus).   “Pulau Pinang, Johor […]

PASANGAN WARGA EMAS YANG TULAR TERIMA BANTUAN BULANAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengambil inisiatif bagi memindahkan pasangan warga emas yang tular tinggal di pondok usang di tepi Sungai Masai dekat Pasir Gudang.   Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memaklumkan, pasangan Shuib Alna, 69, dan isteri, Sarimah Shaari, 61, bersetuju untuk segera berpindah ke rumah […]