JANGAN TERPEDAYA DENGAN ORANG TENGAH

  Orang ramai yang mempunyai urusan berkaitan perumahan dinasihatkan supaya berhubung secara terus dengan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ). Justeru PKPJ mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana ejen perseorangan atau orang tengah untuk berurusan atau menerima sebarang bayaran bagi mendapatkan rumah beli atau rumah sewa. Sumber: Laman Facebook Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri […]

JOM SAKSIKAN TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK PUTERA GUNUNG PANTI

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) menganjurkan pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Putera Gunung Panti (TMKKPGP). Pementasan teater yang menyaksikan YWJ buat julung kalinya berkolaborasi bersama Kelab Tarian, Warisan dan Teater (SETARI) itu bermula hari ini hingga 29 Oktober ini. YWJ dalam satu kenyataan memaklumkan TMKKPGP dipentaskan selama tiga hari di […]

KERAJAAN JOHOR, EDUCITY BERGERAK SEIRING FOKUS ISU LEPASAN SPM DAN WANITA

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bersama EduCity Iskandar Malaysia bergerak seiring bagi mendepani cabaran melibatkan isu lepasan pelajar Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan wanita dalam pasaran pekerjaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, antara inisiatif kerajaan negeri adalah bersama dengan EduCity mempertingkatkan kualiti pendidikan di Sekolah Pendidikan Khas […]

90 PENGERUSI PEDi NEGERI JOHOR TERIMA WATIKAH PELANTIKAN

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 90 individu menerima watikah pelantikan sebagai pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di negeri ini, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, pelantikan pengerusi PEDi itu dipilih di kalangan pemimpin masyarakat. “Pelantikan Pengerusi ini dipilih daripada kalangan pemimpin masyarakat setempat di kesemua 90 PEDi […]

IKON SISWA JOHOR DIINGATKAN SENTIASA MENJAGA KEPERIBADIAN

  ISKANDAR PUTERI — Ikon Siswa Johor diingatkan sentiasa menjaga tingkah laku, tutur kata dan keperibadian agar sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, sebagai ikon siswa juga, kumpulan tersebut menjadi contoh dan ikutan kepada mahasiswa lain. “Diharapkan agar Ikon […]

JDT PAMER AKSI KELAS TERSENDIRI ‘BELASAH’ PJ CITY FC

  JUARA ‘triple hat-trick’ Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan aksi kelas tersendiri ketika menewaskan PJ City FC 4-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 saingan Piala Malaysia 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam. Skuad kendalian Hector Bidoglio tidak menunggu lama untuk menghukum tuan rumah menerusi gol pertama tandukan kencang Shahrul Saad pada […]

PROGRAM PETIK TERAP KEMAHIRAN INSANIAH MURID SEKOLAH

  BATU PAHAT — Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PPTA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengorak langkah proaktif dengan membangunkan modul program Pemimpin Perintis Kejayaan (PETIK). Program berteraskan model kemahiran insaniah itu adalah sebahagian daripada khidmat sosial korporat PTTA Bersama komuniti setempat, selain bertujuan memupuk kemahiran interpersonal dalam kalangan peserta. Ketua Pustakawan, Zaharah Abd Samad, […]

TAMAN EKO-RIMBA GUNUNG PULAI 1 DAN GUNUNG PULAI 2 DITUTUP BERMULA SEMALAM

  ISKANDAR PUTERI — Taman Eko-Rimba Gunung Pulai 1 dan Taman Eko-Rimba Gunung Pulai, Kulai akan ditutup kepada orang ramai bermula semalam sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Jabatan Perhutanan Negeri Johor dalam notis penutupan memaklumkan tindakan itu terpaksa diambil berikutan musim tengkujuh ekoran monsun timur laut yang sudah bermula. “Adalah dimaklumkan segala […]

KERAJAAN JOHOR AKAN SEGERA BERHUBUNG DENGAN WISMA PUTRA SUSULAN VIDEO ‘RAYUAN ANAK JOHOR UNTUK DISELAMATKAN’

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor akan segera berhubung dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) susulan penularan video ‘Rayuan Anak Johor Untuk Diselamatkan’ melibatkan tujuh individu mendakwa ‘Anak Johor’ ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, KLN atau Wisma Putra merupakan […]

KERAJAAN JOHOR IKTIRAF SUARA MAHASISWA DALAM MEMBANGUNKAN BELIA SECARA HOLISTIK

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengiktiraf suara mahasiswa terdiri anak muda sebagai input dalam kerangka mewujudkan pembangunan belia secara menyeluruh untuk negeri ini. Menyifatkan suara mahasiswa sebagai penting, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kumpulan tersebut tidak pernah terlepas daripada perhatiannya dan kerajaan […]