JOHOR TAMPILKAN PROGRAM ISTIMEWA BOLA SEPAK KUDUNG

Negeri Johor menjadi destinasi pertama bagi Jelajah Projek Tongkat : ‘Stand With Palestine’.   Satu perlawanan demo bola sepak kudung telah diadakan di Kompleks Beli Belah Toppen Johor Bahru. Perlawanan demo bola sepak kudung melibatkan pemain-pemain bola sepak kudung dari seluruh negara dan juga penampilan istimewa pemain-pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).   Presiden […]

STADIUM SULTAN IBRAHIM DESTINASI ISTIMEWA JURGEN KLINSMANN

Jurgen Klinsmann menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai stadium bola sepak pertama luar negara untuk dilawati sejak beliau menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Korea Selatan awal tahun ini. Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalu-alukan kehadiran pemain bola sepak lagenda Jerman ini ke Stadium Sultan Ibrahim. Turut menemani Klinsmann adalah bekas pemain bola sepak Korea Selatan […]

ACL 2023: ‘SUPER SUB’ AKHYAR PASTIKAN JDT RAIH TIGA MATA PENTING

  Ketika permainan berbaki 10 minit menuju penghujung perlawanan, Akhyar Rashid sebagai pemain gantian muncul wira apabila meledakkan jaringan sekali gus memberikan kemenangan buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan wakil Korea Selatan, Ulsan Hyundai dengan jaringan 2-1, semalam.   Jaringan pada minit ke-87 yang dilakukan dalam perlawanan keempat Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia […]

MAHKOTA NSL KEKAL MILIK JOHOR JEWELS

Piala Liga Super Bola Jaring (NSL) kekal di bumi selatan selepas Johor Jewels berjaya menundukkan KL Wildcats 47-43 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Sebelum perlawanan, skuad bimbingan Tracey Robinson ini mendapat suntikan semangat daripada YAM Che’ Puan Besar Khaleeda yang meluangkan masa bertemu mereka di Hotel St Regis, […]

ACL 2023: JDT SEDIA RAIH TIGA MATA ESOK

  Meskipun tewas pada aksi terakhir Kumpulan I Liga Juara-juara Asia (ACL) 2023 menentang Ulsan Hyundai FC tempoh hari, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bersedia meraih tiga mata penuh esok apabila kedua-dua pasukan itu dijadualkan bertemu semula bagi aksi keempat di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.   Pengendali JDT, Estaban Solari menyifatkan anak buahnya […]

JERMAN JUARA SOJC, MALAYSIA TUTUP KEMPEN DENGAN KEMENANGAN

  Perlawanan Akhir Kejohanan Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 yang berlangsung malam semalam menyaksikan Jerman muncul juara setelah menumpaskan Australia 3-1, menerusi penentuan pukulan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.   Dalam pada itu, juara bertahan edisi lalu, India hanya sekadar mampu menamatkan kempen SOJC 2023 di tempat ketiga selepas menewaskan Pakistan 6-5 […]

JDT BUKAN SEKADAR SEBUAH KELAB BOLA SEPAK

“Kesemua kutipan tiket perlawanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri sehingga penghujung musim disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin.  Kelab ini amat berdukacita dengan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dalam peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah,” titah DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.  JDT bukan sekadar sebuah kelab […]

KEJOHANAN ESPORTS JOHOR ALL STAR 2023 ‘PECAH PANGGUNG’

Perlawanan akhir Kejohanan Esports Johor All Star 2023 di antara pasukan Todak dan Alter Ego dari Indonesia telah membuatkan suasana gempak gempita di Plaza Angsana Johor Bahru. Angka 60,000 yang menonton secara maya di laman tiktok Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan hampir 200 pengunjung yang hadir menyaksikan aksi hangat perlawanan ‘grand final’ ini dengan […]

JDT DAN UTM UTAMAKAN PENDIDIKAN PELATIH AKADEMI

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC) menjadi kelab bola sepak profesional pertama yang menjalinkan kerjasama dengan universiti bagi menjalankan program pengajian yang disertai oleh pemain bola sepak sepenuhnya.  Majlis perjanjian persefahaman antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui UTMSPACE dengan JDT FC telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, Profesor Ts Dr. […]

EFEK TMJ UBAH PADANG STADIUM NASIONAL

Masihkah penyokong bola sepak tempatan ingat peristiwa terburuk sewaktu kelayakan Piala Asia pada bulan Jun 2022? Menular di setiap ruang internet, padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dipenuhi air sebelum sepak mula perlawanan. Lebih memburukkan, kelihatan beberapa staf stadium menggunakan penyodok sampah untuk mengeluarkan takungan air daripada padang.  Tidak sampai setahun selepas peristiwa memalukan tersebut, […]