CGPV JALIN KERJASAMA DENGAN UPM PELIHARA RUMPUT LAUT MERAMBONG


Prof. Dr. Muta Harah dari Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian UPM menunjukkan buah rumput laut yang ditemui di Beting Merambong. | Foto Forest City

 

Bagi memastikan keseimbangan ekosistem antara pembangunan infrastruktur dan kelestarian alam sekitar di kawasan Forest City terjaga, Country Garden Pacific View Sdn. Bhd. (CGPV) menjalinkan kerjasama strategik bersama sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Kerjasama berkenaan melibatkan usaha memelihara dan memulihara Beting Merambong seluas 26.3 hektar terletak berhampiran Forest City, kawasan tumbuhan ekosistem rumput laut terbesar di Semenanjung Malaysia, yang akan muncul di permukaan apabila keadaan air laut surut.

 

Kumpulan penyelidik yang terlibat dengan usaha berkenaan diketuai oleh Prof. Dr. Muta Harah Zakaria dari Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian UPM selaku koordinator projek – Pemantauan dan Penilaian, Penyesuaian dan Pemulihan Ekosistem Rumput Laut Muara Sungai Pulai bagi Forest City yang juga Ketua Projek Program Penanaman dan Pemulihan Rumput Laut di Beting Merambong.

 

Kewujudan pembangunan hartanah Forest City dan Beting Merambong di satu kawasan yang sama membuktikan infrastruktur moden dan kelestarian alam sekitar dapat bergerak secara seiring. Malah pelbagai platform interaktif juga disediakan sejak pelancaran Tindakan Perlindungan Alam Sekitar Forest City pada tahun 2019.

 

Selain itu, Forest City turut komited untuk terus meneroka keseimbangan keharmonian antara pembangunan dan perlindungan alam semula jadi sejajar dengan perancangan untuk mewujudkan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City seperti diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

 

Pada masa sama, komitmen berkenaan akan menggalakkan Forest City dan pelabur untuk memberi lebih perhatian kepada faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dengan memperkenalkan piawaian dan petunjuk pembangunan mampan sekali gus meningkat usaha itu di Forest City.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor