DOSM JOHOR GIAT LAKSANA BE 2023


Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), YB Dato’ Mohd Haffiz Ahmad merasmikan Program Mini Karnival Statistik Bersama Komuniti dan Sesi Literasi Banci Pertanian 2024 sempena Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2023 Peringkat Negeri Johor.

 

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor sedang melaksanakan Banci Ekonomi 2023 (BE 2023) melibatkan pengumpulan maklumat 136,686 pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di seluruh negeri ini.

 

Selain itu, DOSM Negeri Johor juga sedang giat melaksanakan pengemaskinian rangka isi rumah dan pertubuhan dalam aktiviti sektor pertanian di seluruh negeri ini, bagi persediaan Banci Pertanian 2024 (BP 2024) yang akan dilaksanakan pada 7 Julai 2024.

 

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengarah DOSM Negeri Johor, Mazreha Ya’kub pada Program Mini Karnival Statistik Bersama Komuniti dan Sesi Literasi Banci Pertanian 2024 sempena Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2023 Peringkat Negeri Johor.

 

Program yang berlangsung di Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), YB Dato’ Mohd Haffiz Ahmad.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor