DUA PPS BEROPERASI DI SEGAMAT


Pemantauan kawasan dinaiki air oleh Angkatan Pertahanan Awam di Kampung Kuala Paya | Sumber Facebook Angkatan Pertahanan Awam Daerah Segamat.

 

ISKANDAR PUTERI — Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan 14 keluarga terlibat dalam kejadian banjir di Segamat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan memaklumkan setakat jam 8 pagi, jumlah penduduk yang terjejas dengan banjir adalah 50 orang.

Dua PPS yang dibuka adalah Balairaya Kampung Batu Badak dan Balairaya Kampung Kuala Paya.

Balairaya Kampung Batu Badak yang dibuka sejak kelmarin, menempatkan sembilan keluarga terdiri 27 orang dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

Manakala Balairaya Kampung Kuala Paya yang dibuka semalam, menempatkan lima keluarga terdiri 23 orang dari Kampung Kuala Paya.

Berdasarkan laporan sama, paras air Sungai Muar di Kampung Awat dan Buloh Kasap di Segamat berada pada tahap amaran sementara Sungai Endau di Mersing di tahap waspada.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor