EXCO KERAJAAN JOHOR PANTAU SITUASI BANJIR AKIBAT AIR PASANG BESAR DI MUAR


Skuad SV Muar dan MRA Johor menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terjejas | Sumber Facebook Mohd Hairi Mad Shah.

 

ISKANDAR PUTERI — Perkembangan banjir akibat air pasang besar di Parit Kedondong, dekat Muar, dipantau secara dekat oleh kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, pemantauan juga dilakukan oleh pihak Southern Volunteers (SV) bersama agensi berkaitan.

“Pemantauan susulan akan dilakukan oleh SV bersama agensi yang berkaitan dari masa ke semasa.

“Saya selaku EXCO Belia dan Sukan yang bertanggjungjawab dalam kegiatan kesukarelawan di Negeri Johor akan memantau secara dekat perkembangan dan situasi di Parit Kedondong,” katanya menerusi Facebook rasminya, hari ini.

Mohd Hairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin berkata, skuad SV Muar telah berada di kawasan dan menyampaikan bantuan kepada dua keluarga di Parit Kedondong yang terjejas.

Katanya, turut bersama SV Muar adalah Malaysian Relief Agency (MRA) Johor uyang menyumbang kit kebersihan dan kecemasan kepada mangsa.

“Hari ini dua kediaman di Parit Kedondong, Muar terjejas banjir akibat air pasang besar. Banjir disebabkan air pasang besar ini dijangka akan mengambil masa empat hari untuk reda.

“Alhamdulillah, Skuad SV Muar telah berada di kawasan dan membuat pemantauan serta menyampaikan bantuan kepada dua keluarga yang dikenal pasti di sekitar Parit Kedondong,” katanya.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor