JERMAN JUARA SOJC, MALAYSIA TUTUP KEMPEN DENGAN KEMENANGAN


Pasukan Hoki Bawah 21 Negara akan meneruskan saingan dalam kejohanan Piala Hoki Remaja Dunia yang dijadualkan pada 5 hingga 16 Disember depan. | Foto Ihsan Shekhinah PR.

 

Perlawanan Akhir Kejohanan Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 yang berlangsung malam semalam menyaksikan Jerman muncul juara setelah menumpaskan Australia 3-1, menerusi penentuan pukulan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

 

Dalam pada itu, juara bertahan edisi lalu, India hanya sekadar mampu menamatkan kempen SOJC 2023 di tempat ketiga selepas menewaskan Pakistan 6-5 menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-duanya terikat 3-3 dalam masa penuh permainan. Sementara itu, Great Britain pula menamatkan saingan pada kedudukan kelima selepas menewaskan New Zealand 5-3.

 

Bagi pasukan negara pula, Skuad The Young Tigers menutup kempen Piala Sultan Johor di tempat ketujuh apabila berjaya menewaskan Afrika Selatan 3-2, menerusi penentuan tempat ke-7 dan ke-8.

 

Perlawanan akhir yang dilangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru turut menerima keberangkatan YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim selaku wakil rasmi DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

 

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah; Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal dan Presiden Persatuan Hoki Johor, Datuk Majid Manjit Abdullah.

 

#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor