JOHOR LAKAR SEJARAH BERGELAR JUARA KALI PERTAMA


Pasukan sepak takraw Johor melakar sejarah selepas menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari | Sumber Facebook Persatuan Sepaktakraw Johor.

 

ISKANDAR PUTERI – Pasukan sepak takraw Johor melakar sejarah selepas menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari, buat julung kalinya, semalam.

Johor berjaya menewaskan pasukan sepak takraw ATM dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut sekali gus membawa pulang RM30,000 berserta trofi kemenangan.

Berkongsi kejayaan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

Menerusi siaran dalam Facebook rasminya, Mohd Hairi menzahirkan rasa syukur atas pencapaian skuad sepak takraw Johor yang mengakhiri penantian 56 tahun kejohanan itu.

“Alhamdulillah penantian 56 tahun berakhir! Johor merangkul gelaran Juara Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari selepas menewaskan pasukan ATM petang tadi (semalam).

“Lebih membanggakan, ini adalah gelaran pertama diraih pasukan Johor di pentas final Edisi Kejohanan ke-56 ini yang berlangsung di Stadium Titiwangsa,” katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Jurulatih Johor, Ahmad Jais Baharun serta keseluruhan pasukan sepak takraw Johor.

“Anda semua wira dan membuat kami semua Bangsa Johor bangga dengan kejayaan kalian,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor