JTQA MEMARTABAT MADRASAH, SEKOLAH TAHFIZ DI JOHOR


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khaled ketika merasmikan Majlis Pengiktirafan JTQA Kali Ke-2 Tahun 2023 di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram. | Foto MDJ: Wira Anggara

 

Sistem Jaminan Kualiti Tahfiz Johor (JQTA) diperkenalkan sejak tahun 2017 menjadi inisiatif Kerajaan Negeri mengawal mutu serta kualiti institusi tahfiz awam dan swasta di negeri ini.

 

JTQA merupakan sistem yang sangat baik dalam membentuk sekolah tahfiz dan madrasah ke arah tahap yang tinggi dari segi pengurusan dan pembelajaran.

 

Pengarah Akademi Darul Hufaz Johor, Mohd Nizam Ismail memaklumkan pelajar dan ibu bapa boleh menilai tahap prestasi pembelajaran seiring dengan sasaran dan ciri ditetapkan menerusi sistem tersebut.

 

Selain itu, sistem JTQA telah memartabatkan institusi madrasah dari segi pengurusan dan melahirkan pelajar yang holistik, ujar Ketua Pentadbiran Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Tuba, Siti Nor Indah Omar.

 

Terdahulu, Majlis Pengiktirafan JTQA Kali Ke-2 Tahun 2023 di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram yang disempurnakan perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khaled.

 

Akademi Darul Huffaz menerima Anugerah Sekolah Tahfiz Cemerlang (JTQA) manakala Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Tuba pula memenangi Anugerah Sekolah Tahfiz Terbaik (Kategori Pengurusan) bersama 11 madrasah yang lain pada majlis berkenaan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor