KEMUDAHAN FASILITI DI ISKANDAR PUTERI JADI TARIKAN


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, kawasan berkenaan turut mempunyai kemudahan penginapan bersesuaian dengan pengunjung daripada bertaraf bajet hingga ke lima bintang. Foto MDJ, NurulHuda Mahsen.

 

Oleh: Suhana Mohd Ariffin

 

ISKANDAR PUTERI — Pemilihan Puteri Harbour, di sini, sebagai lokasi penganjuran Majestic Johor Festival 2023 oleh Tourism Johor atas faktor prasarana dan infrastruktur lengkap yang memudahkan kehadiran pengunjung.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, selain itu, kawasan berkenaan turut mempunyai kemudahan penginapan bersesuaian dengan pengunjung daripada bertaraf bajet hingga ke lima bintang.

 

“Dari segi sosio-ekonomi akan meningkat, maknanya bagi vendor (Majestic Johor Festival) yang terlibat ini dapat menarik pelbagai peringkat umur untuk datang ke festival kali ini.

 

“Ada juga penganjur yang berunding untuk mengadakan acara pencinta kereta dan perhimpunan anak muda seperti ‘motor cross dan go kart’. Dengan adanya acara ini dapat menambahkan lagi orang yang datang,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Majestic Johor Festival 2023, pada Rabu.

 

Pandak berkata, menjadi harapan pihaknya untuk menjadikan kawasan Iskandar Puteri terus dikenali umum sekali gus mempromosikan Negeri Johor dari sudut industri pelancongan.

 

“Sebagai wakil rakyat, saya rasa Iskandar Puteri bukan sahaja bandar yang mempunyai jajaran tinggi tetapi banyak tempat pelancongan lain termasuk perkampung tradisional yang dijadikan eko-pelancongan,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor