“POTONG BARISAN, PATAH BALIK KE SINGAPURA” – MENTERI BESAR JOHOR


Anggota trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas mengawal kesesakan lalu lintas di laluan keluar masuk Malaysia-Singapura.

ISKANDAR PUTERI –– Kenderaan yang memotong barisan untuk memasuki Malaysia akan diarah berpatah balik ke Singapura, tegas Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

 

Onn Hafiz turut menghargai anggota trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas mengawal kesesakan lalu lintas di laluan keluar masuk Malaysia-Singapura.

 

“Terima Kasih PDRM yang bertugas mengawal kesesakan trafik di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar.

 

“Saya difahamkan bahawa kenderaan yang memotong ‘que’ tidak boleh masuk Malaysia dan akan diarah berpatah balik ke Singapura,” katanya di laman Facebook rasminya.

 

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut menjangkakan kesesakan selama hampir dua jam dari CIQ Woodlands ke CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor