LPJ PERUNTUK RM1 JUTA UNTUK PROGRAM CSR


Pelaksanaan aktiviti menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LPJ bagi memastikan keseimbangan pembangunan pelabuhan selari dengan keperluan kepada masyarakat dan alam sekitar. | Foto Ihsan FB Johor Port Authority.

 

ISKANDAR PUTERI — Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) memperuntukkan RM1 juta bagi melaksanakan aktiviti yang dirancang menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LPJ CARES bagi tahun ini.

 

Dalam satu kenyataan, LPJ memberitahu program CSR itu mensasarkan bantuan akademik kepada pelajar, bantuan kepada masyarakat melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa serta pemuliharaan alam sekitar.

 

“Melalui program-program ini LPJ dapat memastikan keseimbangan pembangunan pelabuhan selari dengan keperluan kepada masyarakat dan alam sekitar,” jelas LPJ.

 

Selain itu, turut dimaklumkan LPJ menerima RM1.6 juta Wakalah Zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk agihan zakat mengikut asnaf ditetapkan iaitu fakir, miskin dan fisabilillah.

 

“Pada hari ini Jumlah transaksi sumbangan CSR dan Wakalah Zakat ini adalah berjumlah RM855,482.00 iaitu RM465,485.00 untuk sumbangan CSR LPJ CARES, manakala sebanyak RM389,997.00 untuk wakalah zakat LPJ.

 

“Penyerahan CSR dan wakalah zakat ini, dapat memberi manfaat kepada lebih 5000 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar, golongan pendidik dan asnaf yang berkelayakan,” jelas LPJ.

 

LPJ berharap dengan sumbangan dan wakalah zakat itu dapat memberikan kemudahan dan platform yang baik ke arah kebaikan dan dinikmati bersama.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor