MENTERI BESAR JOHOR BENTANG BELANJAWAN JOHOR 2023 ESOK


Pembentangan Belanjawan Johor 2023 oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi esok.

 

ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dijadualkan membentangkan Belanjawan Johor 2023 ‘Makmur Bersama Rakyat’ di Persidangan Dewan Negeri, esok.

Beliau turut mengajak Bangsa Johor mengikuti pembentangan belanjawan negeri tersebut secara langsung pada jam 9.30 pagi.

“Jangan lupa mengikuti secara langsung pembentangan Belanjawan Johor 2023 pada hari esok (Khamis), 1 Disember 2022 jam 9.30 pagi. InsyaAllah pelbagai insentif menarik menanti bangsa Johor.

“Sama-samalah kita doakan kelancaran pembentangan Belanjawan kerajaan negeri ini, demi kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya menerusi posting dimuatnaik dalam Facebook rasminya, hari ini.

Onn Hafiz berkata, Belanjawan Johor 2023 juga boleh disaksikan secara langsung menerusi saluran 501 Astro Awani dan Facebook agensi berita BERNAMA.

Disamping itu, Bangsa Johor juga boleh mendengarkan butiran pembentangan belanjawan negeri bagi tahun hadapan menerusi radio BEST FM Malaysia dan JOHORfm.

Untuk makluman, Belanjawan Johor 2023 merupakan belanjawan negeri yang pertama dibentangkan oleh Menteri Besar Johor selepas pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor