PASTIKAN ANJING PELIHARAAN MEMPUNYAI LESEN


semua pemilik anjing bahawa mana-mana Anjing yang telah mencapai usia tiga bulan hendaklah dilesenkan di Bawan Undang- Undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing ( MDSS) 1991 / Gambar Ihsan Jabatan Veterinar Malaysia.

 

ISKANDAR PUTERI — Majlis Daerah Labis (MDL) memaklumkan kepada semua pemilik anjing bahawa mana-mana Anjing yang telah mencapai usia tiga bulan hendaklah dilesenkan di Bawan Undang- Undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing ( MDSS) 1991.

Menerusi laman sosial Facebook rasminya, MDL berkata lesen berkenaan akan tamat pada tempoh 31 Disember bagi tahun lesen tersebut dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu lagi, setiap permohonan Lesen Anjing ini juga hendaklah disertakan dengan borang permohonan dan Sijil Veterinar daripada doktor veterinar yang bertauliah.

Bagi tujuan sama, satu lencana logam beserta nombor siri akan diserahkan kepada pemiliknya dan ia hendaklah dipaparkan pada leher anjing tersebut dengan kolar atau rantai leher yang bersesuaian.

Justeru, mana-mana anjing yang berumur lebih tiga bulan yang ditemui lepas bebas atau berada ditempat awam ‘tanpa lencana logam’ terutama anjing tidak berlesen tetapi berpemilik, maka adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk dilupuskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

MDL juga menegaskan pemilik anjing juga tidak dibenarkan memelihara lebih daripada dua ekor anjing di kawasan rumah jenis teres dan tiga ekor anjing di kawasan rumah jenis banglo.

Sehubungan itu, MDL menasihatkan supaya orang ramai khususnya kepada pemilik haiwan peliharaan itu supaya memastikan anjing mereka mempunyai lesen yang sah yang dikeluarkan oleh PBT berkenaan.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor