PEMIMPIN DUNIA SEMBAH UCAP TAHNIAH KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG


KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17. | Foto Jabatan Penerangan Malaysia

 

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memiliki kebitaraan diplomasi dan hubungan baik bersama negara luar serta sering menerima mengadap pemimpin dunia termasuk para diplomat kanan dan duta besar dari kebanyakan negara.

 

Seusai melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Seri Paduka Baginda menerima ucapan tahniah daripada Pemerintah United Kingdom (UK) Raja Charles III dan Ratu Camilla berserta titah harapan keutuhan hubungan kedua-dua negara.

 

Selain itu, ucapan tahniah turut diterima daripada Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan selain Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kepada Seri Paduka Baginda berserta rakyat Malaysia.

 

Manakala Presiden China, Xi Jinping dalam ucapan tahniahnya kepada Seri Paduka Baginda turut menyatakan kesediaan untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dan persahabatan Malaysia-China demi kemajuan dan manfaat bersama.

 

Tidak terkecuali ucapan sama daripada Presiden Vietnam, Vo Van Thuong selain Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong yang mengutus ucap tahniah berserta penzahiran keyakinan Seri Paduka Baginda akan membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor