PENINGKATAN PERMINTAAN MENDADAK PUNCA KEKURANGAN BEKALAN


Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han | Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Peningkatan permintaan terhadap telur ayam bagi gred A, B dan C secara mendadak menyebabkan kekurangan bekalan tersebut di pasaran pada ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, terdapat pelbagai sebab berlakunya situasi berkenaan antaranya peningkatan kegunaan industri, bakeri dan am.

“Setakat ini, di Negeri Johor, keluaran bekalan telur pelbagai gred (adalah) sebanyak 10 juta biji setiap minggu. Mengikut data yang kita dapat, bekalan itu kekal sama, tetapi permintaan itu meningkat secara mendadak.

“Maka ia menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran buat masa ini,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ting Han berkata, penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi isu tersebut adalah dengan meningkatkan bekalan telur ayam di pasaran bagi memenuhi permintaan.

Selain itu, katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa komited memastikan harga bekalan telur ayam stabil sementara jumlah pembekalan di pasaran meningkat.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor