Tag Archive for: Johor Darul Ta’zim

ARWAH ‘PERGI’ SEBAGAI SEORANG PEJUANG

  Tiada apa yang lebih memilukan buat insan yang bergelar bapa untuk menerima ketentuan anak tersayang telah ‘pergi’ terlebih dahulu dijemput ilahi dan lebih-lebih lagi dalam keadaan yang menyayat hati.   Namun bagi Mohamad Borak, 71, beliau menganggapnya sebagai ketentuan daripada Allah dan akan tetap reda serta mendoakan supaya anak keduanya, Allahyarham Komander Muhamad Amir […]

AIR MATA IRINGI PERJALANAN TERAKHIR ALLAHYARHAM KOMANDER MUHAMAD AMIR

  Genangan air mata daripada ahli keluarga, rakan sepasukan, sahabat handai dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir kesatria negara, Allahyarham Komander Muhamad Amir Mohamad Pegawai Pemerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke negeri abadi.   Terdahulu, Jenazah Allahyarham Komander Muhamad Amir, 44, tiba dari Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di […]

TERTIB PEMAKAIAN SAMPING KEKALKAN IDENTITI JOHOR

  “Perbezaan pemakaian Baju Melayu Johor dengan negeri lain dapat dibandingkan melalui cara pemakaian samping dan potongan bajunya yang membuatkan identiti orang Johor mudah dikenali,” kata Jurulatih Bahagian Perhubungan Awam, Media dan Korporat Yayasan Warisan Johor, Zurawaty Husin.   Beliau memberitahu busana warisan ini dikatakan berasal daripada baju kurung Teluk Belanga yang labuh hingga ke […]

DARI SEGAMAT KE PARIS 2024

Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan layak secara automatik ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya menduduki tempat kelapan secara keseluruhan di IWF World Cup yang berlangsung di Phuket, Thailand.   Mohamad Aniq yang berasal dari Segamat, Johor itu sekali lagi berjaya mencipta sensasi negara apabila layak ke temasya sukan terunggul dunia itu […]

DYAM RAJA MUDA JOHOR PENYAMBUNG LEGASI JDT

Setiap zaman ada warisannya dan setiap generasi pasti akan ada pemimpinnya. Itu isyarat jelas yang ingin disampaikan oleh pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang memberi bayangan putera sulung Baginda akan menyambung legasi yang hebat ini.   Tanggapan ini berdasarkan kepada pengamatan apabila DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku […]

JENAMA JDT JADI KEUTAMAAN HAFIZH SYAHRIN

“Berapa bayaran gaji tidak pernah menjadi keutamaan saya kerana apa yang saya mahukan adalah dapat berlumba di litar,” tegas Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah pada sidang media pengenalan JDT Racing Team di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT HQ), Iskandar Puteri.   Sepanjang kariernya sebagai pelumba dan pernah menyertai beberapa pasukan […]

PASUKAN JOHOR BAHRU UNGGULI PIALA SULTAN JOHOR 2 TAHUN BERTURUT-TURUT

Pasukan Johor Bahru membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila sekali lagi berjaya menjulang Piala Sultan Johor edisi 2023 apabila menundukkan skuad Tangkak 2-1, pada aksi final di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), malam tadi.   Bagaimanapun, kejayaan itu tidak diraih dengan mudah apabila skuad Tangkak yang turun penuh bermotivasi berjaya mendahului pada minit […]

KEJOHANAN TINJU ‘GOLDEN GLOVES’ 2024 BUKA TIRAI

Kejohanan Tinju Golden Gloves 2024 membuka tirai dengan lakaran sejarah tersendiri apabila Negeri Johor menjadi tuan rumah dan menerima penyertaan 233 petinju dari seluruh negara berhimpun di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri bermula 26 Febuari sehingga 2 Mac ini.   Istimewanya kejohanan anjuran Persatuan Tinju Negeri Johor dengan Kerjasama Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) turut menampilkan […]

JDT FUTSAL SEDIA TAKLUK MPFL 2024

  Menjelang saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 2024 yang akan bermula pada 17 Februari ini, skuad futsal JDT tampak bersedia dengan segala persiapan rapi bagi menghadapi cabaran musim ini.   Lebih memberangsangkan, skuad kendalian Juan Garcia kali ini tampil berwajah baru dengan kehadiran beberapa pemain tempatan dan import bagi memperkuatkan pasukan yang […]

KPDN JOHOR KOMITED UNTUK MEMASTIKAN MASYARAKAT TIDAK TERBEBAN

  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor mengingatkan golongan peniaga supaya tidak sewenangnya menaikan harga barangan terutama ketika tempoh menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, minggu ini.   Peringatan itu diberikan Lilis Saslinda Pornomo, Pengarah KPDN Negeri Johor yang turut memberi amaran kegagalan mematuhinya akan menyebabkan tindakan kompaun akan dikenakan serta […]