Tag Archive for: johor

MISI ‘BANZAI’ JDT DI JEPUN

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi akan berhadapan dengan jaguh Jepun, Kawasaki Frontale bagi aksi kelima kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) hari ini. JDT yang kini berada di tangga ketiga kini berkongsi enam mata dengan pasukan Ulsan Hyundai dari Korea Selatan yang dipisahkan dengan dua perbezaan jaringan gol. Justeru, kemenangan menentang Kawasaki […]

RM1.5 JUTA DANA DIRAIH MENERUSI MAKAN MALAM AMAL TLJCF 2023

  Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) menganjurkan Majlis Makan Malam Amal ‘Lights Of Hope’ bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada pejuang-pejuang kanser yang memerlukan di Dewan Utama, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, hari ini.   Majlis tersebut telah diserikan dengan keberangkatan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim.   Turun hadir, Isteri Menteri […]

BELANJAWAN JOHOR 2024 : SEJAHTERA & INKLUSIF

  Belanjawan Johor 2024 dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memenuhi aspirasi Kerajaan Negeri melangkah ke hadapan bagi merealisasikan impian Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030. Bertemakan ‘Memacu Pembangunan, Menyejahterakan Rakyat’, belanjawan dibentangkan juga membuktikan betapa Kerajaan Negeri mendengar suara hati rakyat yang terbanyak.   Dengan berpaksikan enam teras Agenda Maju Johor, […]

BOLA SEPAK KUDUNG TERUS TERIMA PERHATIAN PEMINAT SUKAN

    Program jelajah Projek Tongkat : ‘Stand With Palestine’ peringkat Negeri Johor terus menerima reaksi positif daripada peminat sukan di negeri ini apabila mendapat sambutan yang memberangsangkan dalam aksi perlawanan amal antara pasukan Bola Sepak Kudung Johor dan Pilihan Projek Tongkat di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, petang semalam.   Dalam aksi yang berkesudahan […]

JOHOR TAMPILKAN PROGRAM ISTIMEWA BOLA SEPAK KUDUNG

Negeri Johor menjadi destinasi pertama bagi Jelajah Projek Tongkat : ‘Stand With Palestine’.   Satu perlawanan demo bola sepak kudung telah diadakan di Kompleks Beli Belah Toppen Johor Bahru. Perlawanan demo bola sepak kudung melibatkan pemain-pemain bola sepak kudung dari seluruh negara dan juga penampilan istimewa pemain-pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).   Presiden […]

TUGAS KETUA KAMPUNG BUKAN HANYA SEKADAR ‘TUKANG COP’

  Oleh Farhanah Haziqah Noh   Inisiatif Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasakan institusi ketua kampung di negeri ini menerusi peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kursus jangka pendek dan insentif bagi mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Eksekutif pada Belanjawan 2023 berjaya melahirkan ketua masyarakat berkenaan yang lebih terampil dan profesional.   Ketua Kampung Felda […]

JAUHAR CHILDCARE CENTRE BANTU IBU BAPA BEKERJA, PENDIDIKAN TERBAIK UNTUK ANAK

  Oleh Suhana Mohd Ariffin Golongan ibu bapa terutama mereka yang bekerja menyambut baik inisiatif kerajaan dalam melaksanakan program Jauhar Chidcare Centre (JCC) yang bukan sahaja memberikan pendidikan pra-sekolah yang terbaik tetapi juga turut menawarkan yuran yang amat berpatutan. Sehingga kini, seramai 67 kanak-kanak sudah menikmati perkhidmatan berkenaan membabitkan tiga JCC iaitu di daerah Iskandar […]

ISTIADAT LETAK KERJA

Sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor dimulakan dengan Istiadat Letak Kerja yang dilakukan tiga hari sebelumnya sebagai simbolik bermulanya sambutan berkenaan. Istiadat itu disempurnakan dengan upacara menaikkan Bendera Istiadat Kerajaan Johor di Tugu Peringatan Istana Besar, Johor Bahru. Upacara menaikkan bendera berkenaan dimulakan dengan perarakan membawa masuk bendera Istiadat Kerajaan oleh Askar Timbalan […]

PEMBERIAN GERAN TANAH LEGAKAN PENEROKA FELDA

  Oleh Suhana Mohd Ariffin “Saya sebagai salah seorang penduduk di tanah rancangan Felda sememangnya amat bersyukur dengan inisiatif kerajaan dalam pemberian geran tanah kepada peneroka di kawasan ini,” kata Abdul Jalil Sahlan.   Beliau yang juga Ketua Kampung Felda Ulu Tebrau memberitahu, ia secara tidak langsung memberikan kelegaan, keselesaan dan juga kegembiraan kepadanya sekeluarga […]

HARAP KERAJAAN TERUS BELA NASIB NELAYAN

  Oleh Suhana Mohd Arifin   Golongan nelayan di negeri ini berharap Kerajaan Negeri akan terus memberikan peruntukan tambahan pada sesi pembentangan Belanjawan Johor 2024 berikutan golongan berkenaan turut berhadapan dengan tekanan ekonomi masa kini yang menyebabkan pendapatan mereka agak tidak menentu.   Ketua Jaringan Nelayan Kampung Sungai Melayu, Kamarudin Ahmad, berkata pihaknya berharap kerajaan […]