Tag Archive for: johor

VIDEO TULAR SEBENARNYA MERUJUK KAUNTER IMIGRESEN

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor mengesahkan video ditujukan kepada pegawainya di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), dekat Gelang Patah, sebenarnya merujuk kepada kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).   Pengarahnya, Misbahudin Parmin berkata, kejadian berlaku di ‘Bus Terminal Import’, KSAB itu telah tular melalui aplikasi perkongsian video pada Jumaat lalu. […]

SELEPAS 8 DEKAD, KLUANG RAIL COFFEE MASIH BERDIRI TEGUH

  KLUANG — Sebut sahaja daerah Kluang, perkara yang pertama terlintas di fikiran ialah ‘Kluang Rail Coffee’. Kedai kopitiam tertua dan tersohor di daerah Kluang itu telah memulakan operasinya sejak tahun 1938 dan kini telah melangkau lima generasi.   Diasaskan oleh Lim Luan Hee, Kluang Rail Coffee bermula sebagai premis kantin di Jalan Stesen, dekat […]

JOHOR KEKAL ANTARA PENGEKSPORT UTAMA NEGARA

  ISKANDAR PUTERI — Johor terus menjadi antara lima negeri pengeksport utama menyumbang kepada jumlah eksport negara, bulan lalu.   Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, Pulau Pinang merekodkan sumbangan 31.9 peratus diikuti Johor (19.9 peratus), Selangor (18.4 peratus), Sarawak (8.2 peratus) dan Kuala Lumpur (3.5 peratus).   “Pulau Pinang, Johor […]

OPERASI EFISIEN ATASI KESESAKAN, MUDAH URUSAN RAKYAT : MB

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor yakin pengoperasian lebih efisien dapat mengurangkan kesesakan di pintu sempadan negara di negeri ini, dan memudahkan urusan seharian rakyat.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, isu berkenaan mampu ditangani dengan berkesan hasil kerjasama semua pihak berkaitan.   “Saya yakin dan pasti dengan pengoperasian yang lebih efisien […]

ANAK MUDA JOHOR TERUS PELIHARA KESENIAN KHAT

  Berbekalkan bakat dan kemahiran dimiliki, seorang anak muda dari Johor nekad memelihara seni penulisan khat yang merupakan warisan seni Islam.   Anak jati Kluang, Afiq Nabil Md Noh, 23, akui mula berminat dan berkecimpung dalam penulisan khat sejak di bangku persekolahan.   Beliau yang kini menuntut di Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir, memberitahu penulisan seni […]

WAU MERAK TENUNAN ANAK JOHOR RAIH MBOR

  Siapa sangka kejayaan Wau Merak diterbangkan pada Festival Layang-Layang dan Wau Peringkat Kebangsaan 2022 bertempat di Bukit Layang-Layang, dekat Pasir Gudang merupakan sentuhan Mohamad Sharil Ahmad, 21.   Lebih istimewa, wau tersebut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai layang-layang pertama menggunakan kain tenunan benang Johor.   Berkongsi mengenai pencapaian itu, Mohamad Sahril […]

KERAJAAN NEGERI KENAL PASTI LOKASI LAMPU ISYARAT PINTAR NEGERI JOHOR

  JOHOR BAHRU — Kerajaan Negeri mengenal pasti empat lokasi baharu pemasangan Lampu Isyarat Pintar Negeri Johor di bawah selian Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata penambahbaikan lampu isyarat pintar itudengan penggunaan sistem kecerdasan buatan […]

BUBUR LAMBUK OMJ@JOHOR BAHRU MERIAH

  JOHOR BAHRU — Program Bubur Lambuk Orang Muda Johor (OMJ) Johor Bahru di PPR Sri Stulang, di sini, berlangsung meriah dengan aktiviti gotong royong melibatkan agensi dan jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama masyarakat setempat.   Turut hadir menyerikan majlis adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, […]

TEKAD JOHOR GANDA HASIL PERTANIAN : MB

  ISKANDAR PUTERI — Johor bertekad menggandakan hasil pertanian dalam tempoh lima tahun bagi menangani isu keterjaminan makanan dan menjadikan negeri ini sumber utama makanan untuk negara.   Bagi menjayakan tekad tersebut, berlangsung Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) dan Program Kluster Fertigasi Cili, projek ekonomi di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Pembangunan […]

STATISTIK TERPILIH PARLIMEN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan statistik terpilih Parlimen Johor yang telah diperoleh menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.   Di dalam hantaran yang dimuat naik oleh laman Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor (DOSM Johor), Parlimen Kota Tinggi mencatatkan komposisi penduduk bumiputera paling tinggi di Johor dengan sebanyak 95.8%.   […]