Tag Archive for: johor

JUMLAH MANGSA BANJIR DI PPS MENUNJUKKAN PENURUNAN

  ISKANDAR PUTERI — Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini, menjadikan keseluruhan 53 PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir di tujuh daerah.   Antara PPS yang telah ditutup adalah SJKC Ai Chun, Balairaya Kampung Sekijang, Balairaya Kampung Tungku Tiga dan Dewan Kampung Sungai Gatom di Segamat, serta Balairaya Kampung Melayu Batu […]

TEAM MEDIK 7 BRIGED BANTU MANGSA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Team Medik Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) menyediakan pasukan perubatan bergerak di pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar negeri Johor. Bagi tujuan itu, seramai empat pegawai dan lapan anggota lain-lain pangkat (LLP) terlibat dalam menyediakan pasukan terbabit di kawasan tanggungjawab (KTJ) sekitar negeri ini. Mereka diberi tanggungjawab untuk memberi […]

MANGSA BANJIR JOHOR MENCECAH 5,000 ORANG

  ISKANDAR PUTERI — Mangsa banjir di Negeri Johor terus meningkat kepada lebih 5,000 orang di tujuh daerah yang terjejas.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 pagi memaklumkan sebanyak 1,508 keluarga terdiri 5,455 terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).   Sehingga kini, terdapat 55 PPS dibuka bagi menempatkan mangsa […]

48 PPS BEROPERASI DI TUJUH DAERAH

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 48 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan beroperasi bagi menempatkan 1,275 keluarga terdiri 4,562 penduduk di tujuh daerah yang terjejas akibat banjir di Negeri Johor.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 malam, memaklumkan Pontian merupakan daerah terkini dilanda banjir dengan satu PPS dibuka iaitu SK […]

TABURAN HUJAN TINGGI MELANDA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Cuaca hujan lebat yang berterusan melanda Johor sejak awal minggu ini turut menyaksikan taburan hujan yang agak tinggi berbanding tahun sebelumnya. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor mendapati tiga daerah iaitu Kulai, Muar dan Tangkak mengalami taburan hujan luar biasa berbanding tempoh sama dalam tiga […]

MANGSA BANJIR MENINGKAT KEPADA LEBIH 4,000 ORANG

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di enam daerah di Negeri Johor terus meningkat kepada 1,164 keluarga terdiri 4,207 penduduk.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 2 petang memaklumkan sebanyak 45 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan kesemua mangsa.   PPS SK Bandar Penawar, SK Gembut di Kota Tinggi; […]

DUA PPS BAHARU DIBUKA, BEROPERASI DI MUAR

  ISKANDAR PUTERI — Muar menjadi daerah terbaru dilaporkan dilanda banjir dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan beroperasi.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 12 tengah hari, memaklumkan dua PPS tersebut iaitu Dewan Serbaguna FELDA Gugusan Maokil dan SK LKTP FELDA Maokil 2 dibuka jam 10 pagi tadi.   […]

DAERAH TERJEJAS BANJIR TIDAK BERUBAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir terkini meningkat hampir 200 orang menjadikan 3,803 penduduk di lima daerah yang terjejas di Negeri Johor.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 10 pagi memaklumkan daerah yang terjejas tidak berubah iaitu Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing dan Batu Pahat.   Bagaimanapun, jumlah keluarga terjejas […]

BANJIR JOHOR : TIGA PPS BAHARU DIBUKA, BEROPERASI

  ISKANDAR PUTERI — Tiga lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka di daerah Kluang dan Kota Tinggi bagi menempatkan tambahan mangsa banjir.   Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 malam memaklumkan tiga PPS tersebut adalah Balairaya Kampung Bentong dan Balairaya Kampung Muhibbah Paloh di Kluang serta Dewan Muafakat Taman Desaru […]

AMARAN BANJIR DI MERSING ESOK

  ISKANDAR PUTERI — Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sebentar tadi mengeluarkan amaran banjir bagi negeri Johor membabitkan daerah Mersing. Amaran banjir yang dikeluarkan pada jam 5.30 petang itu adalah susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini berdasarkan simulasi […]