Tag Archive for: JPS

PROJEK RTB DIJANGKA SIAP LEBIH AWAL

  Tiga daripada tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Johor melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.64 bilion telah bermula dan dijangka dapat disiapkan lebih awal berbanding tarikh asal.   Hasil turun padang dan perbincangan bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), perunding dan kontraktor, jangkaan siap projek RTB Bandar Batu Pahat diawalkan ke Disember […]

AKTIVITI PENCEROBOHAN TANAH RIZAB SUMBANG PENCEMARAN SUNGAI SKUDAI

  JOHOR BAHRU — Aktiviti pencerobohan tanah rizab yang berlaku di sekitar persisiran sungai secara haram menjadi antara penyumbang kepada masalah pencemaran yang serius di Sungai Skudai di sini.   Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor Bharu, Saharudin Abd Samad, berkata pencerobohan seperti pembinaan rumah-rumah haram dan pencerobohan pokok termasuk pembalakan haram memberi […]

69 PAM BERGERAK BANTU PENGEPAMAN AIR BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 69 unit pam bergerak ditempatkan di tujuh daerah yang terkesan bagi menjayakan operasi pengepaman air banjir, sehingga 21 Mac lalu.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, daripada jumlah tersebut, 41 unit ditempatkan di Batu Pahat.   “Saya mengambil kesempatan ini bagi […]

MANGSA BANJIR JOHOR LIMA PPS MENURUN

  ISKANDAR PUTERI — Mangsa banjir Negeri Johor terus menunjukkan penurunan kepada 355 orang daripada 99 keluarga setakat jam 4 petang.   Kesemua mangsa masih mendapatkan perlindungan dan ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Batu Pahat dan Segamat.   Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani berkata, penurunan jumlah […]

TABURAN HUJAN TINGGI MELANDA JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Cuaca hujan lebat yang berterusan melanda Johor sejak awal minggu ini turut menyaksikan taburan hujan yang agak tinggi berbanding tahun sebelumnya. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor mendapati tiga daerah iaitu Kulai, Muar dan Tangkak mengalami taburan hujan luar biasa berbanding tempoh sama dalam tiga […]

AMARAN BANJIR DI MERSING ESOK

  ISKANDAR PUTERI — Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sebentar tadi mengeluarkan amaran banjir bagi negeri Johor membabitkan daerah Mersing. Amaran banjir yang dikeluarkan pada jam 5.30 petang itu adalah susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini berdasarkan simulasi […]

AGENSI BERKAITAN BENCANA DI MERSING TELAH DIGERAKKAN

  ISKANDAR PUTERI — Semua agensi berkaitan bencana daerah Mersing sudah digerakkan bagi memantau dari masa ke masa susulan fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang melanda negara. Pegawai Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali berkata, pemantauan tersebut berdasarkan amaran cuaca daripada Jabatan Meteorologi dan bacaan aras sungai daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). “Setelah diteliti […]

JPS LAKSANA TEBATAN BANJIR ATASI BANJIR DI MASAI

  ISKANDAR PUTERI — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor telah melaksanakan rancangan tebatan banjir Sungai Masai bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Masai. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar berkata, pada ketika ini projek dalam peringkat rekabentuk dan dijangka akan siap proses rekabentuk pada tahun hadapan. […]