Tag Archive for: Kerajaan Johor

JOHOR SEDIA ANJUR ACARA SUKAN ANTARABANGSA TAHUN 2024

  Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) sudah memiliki perancangan tersendiri untuk menyahut hasrat Kerajaan Negeri bagi menganjurkan acara bertaraf antarabangsa sepanjang tahun hadapan.   Pengarahnya, Ts. Ekmaluddin Ishak memaklumkan acara berbasikal dan larian merupakan antara jenis sukan bakal dianjurkan dengan penyertaan dari dalam dan luar negara.   Beliau percaya penganjuran sukan antarabangsa berupaya mengangkat Johor […]

ISKANDAR MALAYSIA ‘SKOR A’, TERIMA PENGIKTIRAFAN CDP

  Iskandar Malaysia diiktiraf Carbon Disclosure Project (CDP) sebagai salah satu daripada 119 bandar di seluruh dunia menunjukkan kepimpinan berani terhadap tindakan alam sekitar dan ketelusan walaupun dalam tekanan persekitaran ekonomi global yang mencabar.   Pengiktirafan tersebut menyaksikan Iskandar Malaysia dinamakan pemimpin tindakan iklim dalam senarai CDP ‘Cities A List 2023′ yang merupakan kali keempat […]

JAMBATAN SUNGAI MASAI KINI MILIKI ‘ROADLINE GLOW IN THE DARK’ PERTAMA DI JOHOR

  Oleh Suhana Mohd Ariffin   Jambatan Sungai Masai kini berubah wajah apabila Kerajaan Johor dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor selesai melaksanakan kerja menaik taraf dan melebarkan jambatan berkenaan yang turut menjadi laluan alternatif yang menghubungkan Bandaraya Johor Bahru dan Pasir Gudang.   Lebih memberangsangkan, jambatan berkenaan turut dilengkapi dengan kemudahan ‘glow in […]

SASAR TINGKAT PENGELUARAN TANAMAN MAKANAN UTAMA TAHUN 2027

  Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan buah-buahan fokus seperti betik, durian, nanas, pisang, tembikai, nangka dan kelapa sebanyak 33.61 peratus bersamaan 230,436 tan metrik pada tahun 2027.   Selain itu, Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan pengeluaran sayur-sayuran fokus antaranya cili, halia, bendi, kacang panjang, sawi dan timun sebanyak 39.9 peratus bersamaan 44,977 tan metrik untuk tempoh sama. […]

PIPC TERUS JADI PILIHAN PELABUR

  Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) menerima pelaburan hampir RM140 bilion sekali gus mencapai 90 peratus sasarannya, setakat fasa pertengahan pelaksanaan Pelan Induk PIPC (2012-2037).   Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han memaklumkan pembangunan PIPC di Pengerang juga mampu mencipta sehingga 10,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.   […]

ISTIADAT LETAK KERJA

Sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor dimulakan dengan Istiadat Letak Kerja yang dilakukan tiga hari sebelumnya sebagai simbolik bermulanya sambutan berkenaan. Istiadat itu disempurnakan dengan upacara menaikkan Bendera Istiadat Kerajaan Johor di Tugu Peringatan Istana Besar, Johor Bahru. Upacara menaikkan bendera berkenaan dimulakan dengan perarakan membawa masuk bendera Istiadat Kerajaan oleh Askar Timbalan […]

INTERVENSI KERAJAAN JOHOR TERHADAP CIQ BSI & KSAB PENTING DEMI IMEJ NEGARA

  Peruntukan melibatkan pengoperasian pintu sempadan paling sibuk di dunia iaitu Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri antara perkara perlu diberi tumpuan Kerajaan Negeri menjelang Belanjawan Johor 2024 akan datang.   Timbalan Dekan (Kajian, Pembangunan dan Inovasi), Universiti Teknologi […]

PEKA, WASPADA KEADAAN TANAH KETIKA CUACA PANAS : JAS

  Susulan kejadian kebakaran terbuka tanah gambut yang berlaku di Kota Tinggi baru-baru ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menyeru agar p‎emilik tanah lebih peka dan berwaspada terhadap keadaan tanah terutama ketika musim panas.   Pengarahnya, Dr. Mohd Famey Yusoff menyarankan pemilik tanah membuat pemantauan lebih kerap dan mengambil langkah-langkah awal bagi mengelakkan kebarangkalian […]

GWG PUPUK AMALAN BERWAKAF KEPADA PELAJAR SEKOLAH

  Perbadanan Islam Johor (PIJ) menganjurkan Pertandingan Global Wakaf Game (GWG) Peringkat Negeri Johor 2023 bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan berwakaf bermula di peringkat sekolah di negeri ini.   Penganjuran menerusi Tabung Waqaf Rakyat Johor (TWRJ) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu disertai 224 pelajar Tingkatan […]

PPNJ DISERU MENCUBA TANAMAN BAHARU

  “Kita (PPNJ) tidak boleh lagi bergantung 100 peratus kepada perniagaan lama yang kita lakukan sekarang ini (kelapa sawit) kerana menerusi pengalaman, jika harga sawit baik kita untung, tetapi ketika harga tak baik, kita akan mengalami nasib seperti yang kita hadapi kini,” pesan Dato’ Haji Zamri Yaakob, Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).   […]