Tag Archive for: Kerajaan Johor

JOHOR TERIMA 9.14 JUTA PELANCONG

  ISKANDAR PUTERI — Negeri Johor telah menerima kedatangan seramai 9.14 juta pelancong sejak April 2022 sekali gus menunjukkan sektor pelancongan di Negeri ini kembali rancak selepas ‘lumpuh’ seketika akibat pandemik Covid-19.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ia secara tidak langsung menjadi jumlah kehadiran pelancong tertinggi berbanding negara Asean yang lain. […]

JOHOR CATAT PELABURAN RM70.6 BILION, TERTINGGI BAGI TAHUN 2022

  ISKANDAR PUTERI — Johor mencatatkan penerimaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) iaitu sebanyak RM70.6 bilion yang juga pelaburan yang tertinggi dalam Negara bagi tahun 2022.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pelaburan ini dijangka akan dapat menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia khususnya di Johor.   “Pelaburan-pelaburan ini akan menghasilkan […]

JOHOR ISYTIHAR CUTI GANTI JIKA AWAL RAMADAN PADA 23 MAC

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengisytiharkan hari Ahad bersamaan 26 Mac 2023 sebagai Hari Kelepasan Am sekiranya Awal Ramadan jatuh pada Khamis, 23 Mac ini.   Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani berkata, gantian cuti bagi Hari Kelepasan Am itu selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).   […]

JOHOR TERIMA BANTUAN KEMANUSIAAN TIGA NEGERI

  ISKANDAR PUTERI — Tiga negeri menzahirkan sokongan terhadap Kerajaan Johor dengan menghantar bantuan kemanusiaan susulan bencana banjir melanda negeri ini.   Kerajaan Pahang pimpinan Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang sebelum ini telah melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Pahang Prihatin Ke Johor.   Untuk misi bantuan itu, Kerajaan Pahang memperuntukkan pelbagai bentuk […]

BANTUAN MANGSA BANJIR PERLU IKUT SALURAN

  ISKANDAR PUTERI — Pelbagai pihak termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan boleh menghulurkan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir melalui saluran yang disediakan.   Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Belia, Sukan dan Sukarelawan), Dato’ Onn Jabbar berkata, saluran tersebut adalah melalui Southern Volunteers (SV), Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dan Pusat Gerakan Pasca Banjir […]

SUKARELAWAN SV KE SEGAMAT BAGI MISI PASCA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Sukarelawan terlibat dalam Misi Southern Volunteers (SV) Konvoi Pasca Banjir Negeri Johor ke daerah Segamat bermula hari ini, hingga 12 Mac depan.   Hadir menyempurnakan pelepasan konvoi misi tersebut adalah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.   Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani serta barisan […]

KERAJAAN JOHOR ZAHIR PENGHARGAAN KEPRIHATINAN PM

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor merakamkan penghargaaan kepada Kerajaan Persekutuan atas bantuan diberikan bagi meringankan kesukaran dihadapi berikutan bencana banjir yang melanda negeri ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berterima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan terhadap mangsa banjir di Johor.   “Perdana Menteri telah menjawab di […]

LEBIH 50 LOKASI DIKENALPASTI ROSAK AKIBAT BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Lebih 50 lokasi dikenalpasti mengalami kerosakan jalan akibat banjir di negeri ini.   Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.   Menurut beliau, angka tersebut dijangka bertambah sebaik sahaja pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan konsesi, Safwa Global Venture (M) […]

JAKOA PASTIKAN BEKALAN SAMPAI TERUTAMA KAWASAN TERPUTUS HUBUNGAN

  ISKANDAR PUTERI — Usaha menyampaikan bekalan makanan dan keperluan di perkampungan masyarakat Orang Asli terutama kawasan terputus hubungan telah dilaksanakan sejak mula bencana banjir.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, daripada kira-kira 49,000 mangsa banjir, lebih 5,000 merupakan masyarakat Orang Asli di beberapa […]

RTB SUNGAI BATU PAHAT PENTING KEPADA MANGSA BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Proses tender Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Batu Pahat berjumlah RM45 juta akan dimulakan pada Mei ini.   Perkara itu dikongsi oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas dimaklumkan kepadanya menerusi taklimat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Batu Pahat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri […]