Tag Archive for: pemangku sultan johor

POTENSI FCSFZ KUKUH PELABURAN JOHOR

  Penubuhan Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ) dengan tawaran insentif fiskal komprehensif diyakini mampu mengukuhkan kedudukan Johor sebagai hab pelaburan penting sekali gus mencipta peluang pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang.   Keyakinan tersebut dizahirkan Muhammad Zafri Zulkeffeli, Timbalan Ketua Ekonomi BIMB Securities Sdn. Bhd. selepas melihat senario dan potensi ekonomi Johor yang didominasi […]

PORT BAHARU ‘RC CRAWLER’ DI MUO!

  Saiz lebih kecil berbanding kereta sebenar tetapi cukup lasak seperti kenderaan pacuan empat roda (4×4) membolehkan kereta mini 4×4 atau ‘RC Crawler’ dijadikan antara permainan kegilaan golongan lelaki dewasa masa kini.   Bagi Zulfadly Ahmad, 32, yang merupakan Pengerusi Muar Remote Control Community (MRCC), 32, orang ramai mula membuka mata dan mengenali RC Crawler […]

TMIYC UNTUK ORANG ‘MUO’

  Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar cetusan ilham Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menjadi pusat aktiviti belia ketiga yang siap dibina dan dibuka selepas Johor Bahru serta Renggam, Kluang.   Antara kemudahan disediakan di TMIYC Muar berkelusan 11 hektar itu adalah gelanggang futsal, padang bola sintetik, gimnasium, […]

IDEA BAHARU DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK HARIMAU MALAYA

  Dayung sudah ditangan dan perahu sudah di air. Itu keadaan terkini pasukan bola sepak negara yang menerima suntikan semangat dengan pengumuman YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang mengumumkan peruntukan RM15 juta bagi memenuhi impian rakyat Malaysia untuk melihat skuad Harimau Malaya kembali mengaum garang di pentas Asia.   Peruntukan menerusi perkongsian antara […]

PEMILIK, PEMAIN DAN PENYOKONG SIMBOL MUAFAKAT JDT

  Tiada umpat yang membunuh dan tiada puji yang mengenyang. Itulah pahit getir perjuangan dan cabaran… onak, duri serta ranjau yang terpaksa dihadapi oleh sang juara Piala FA 2024, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sepanjang sedekad penubuhannya.   Semangat keperwiraan hulubalang pendekar Melayu sejati yang ada dalam diri semua orang yang berlencanakan ‘The Roaring […]

USAH DIBUAI KEJAYAAN, TERUS SOKONG JDT!

  “Hari kita lupa macam mana kita bermula, di mana kita berada sebelum semua kejayaan, adalah hari kami musnah. Berjuta dikorbankan demi senyuman dan kegembiraan mu. Tak pernah berputus asa, sentiasa melawan. Semua demi mu. Harap satu hari nanti anda sedar dan hargai pengorbanan ini.” – Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan […]

SEKOLAH RINTIS PACU PEMBANGUNAN BAKAT NEGERI JOHOR

  Aspirasi dimiliki Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor agar aspek kualiti pendidikan dipertingkatkan bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam teknologi menerusi pelaksanaan sekolah rintis Johor pada Februari 2025 disambut baik oleh pakar pendidikan.   Inisiatif tersebut disifatkan Prof. Dr. Fatin Aliah Phang Abdullah sebagai tepat pada masanya bagi Johor membangunkan […]

SEKOLAH RINTIS JOHOR PERSIAP GENERASI MASA DEPAN

  Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti supaya Bangsa Johor tidak keciciran, sekolah rintis Johor yang bakal dilancarkan Kerajaan Negeri pada Februari 2025 diyakini dapat melahirkan generasi yang memacu dan menghadapi cabaran serta berdaya saing di peringkat global.   Hasil pelaksanaan inisiatif membabitkan dua […]

PROJEK RINTIS SEKOLAH BANGSA JOHOR BAKAL DILAKSANA

  Sistem pendidikan berkualiti bukan sahaja memberi penekanan kepada silibus mahupun modul mata pelajaran, sebaliknya dinilai lebih mendalam termasuk impak dan keberkesanan terhadap kemenjadian pelajar di sekolah.   Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti kepada Bangsa Johor, projek rintis bagi pelaksanaan Sekolah Bangsa Johor […]

BANGSA JOHOR MESTI JAGA JOHOR?

  Apabila Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bertitah mahu Negeri Johor dilayan sebagai ‘partner’ kerana bukan dimiliki oleh Malaysia, kelihatan ramai yang kurang senang dan berebut-rebut memberikan pandangan hingga mengaitkan dengan cabaran terhadap sistem federalisme.   Suka atau tidak, Bangsa Johor melihat ada asasnya tuntutan yang dibuat Pemangku Sultan […]